Perbezaan antara semakan "Kereta kebal"

tiada ringkasan suntingan
Prototaip kereta kebal pertama diuji bagi [[tentera British]] untuk kali pertama pada [[6 September]] [[1915]]. Walaupun istilah "kapal darat" digunakan oleh ''The Admiralty'', untuk mengekalkan rahsia, kenderaan awal dirujuk sebagai "pengangkut air" yang kemudian dipendekkan sebagai "tank" (tangki air dalam bahasa Inggeris).
 
Perkataan "tank" (tangki) digunakan untuk mengelirukan pekerja bahawa mereka sedang membina bekas air bertayar berantai untuk tentera British di Mesopotamia. Ia dijadikan nama rasmi pada [[24 Disember]], [[1915]]. Lagenda menceritakan bahawa setelah disiapkan, kereta kebal itu dihantar ke [[Perancis]] tong kayu besar. Untuk mengekalkan rahsia dan tidak menimbulkan tarikan kepada tong dan kereta kebal itu sendiri dilabel dengan tempat tujuan di Petrograd, Russia. Sebenarnya kereta kebal tidak pernah dihantar dalam tong kayu:: tulisan dalam bahasa Russia ditulis pada badan untuk penganggangkutan mereka dari kilang ke pusat latihan pertama di Thetford. Kereta kebal pertama digunakan dalam pertempuran di dalam [[Pertempuran Somme (1916)|Pertempuran Somme]] pada [[15 September]] [[1916]]. Penggunaan kereta kebal secara besar-besaran dalam pertempuran berlaku dalam [[Pertempuran Cambrai]] pada [[21 November]] [[1917]].
 
Walaupun kereta kebal pada akhirnya menjadikan [[perperangan parit]] [[Perang Dunia I]] lapuk, ia bukannya faktor penentu dalam perperangan itu. Keputusan awal dengan kereta kebal adalah rendah, dengan kereta kebal terbukti tidak boleh diharap, berkuasa rendah, perisai lemah dan tidak berupaya bergerak dalam mukabumi medan perang. Bagaimanapun, konsepnya dianggap bagus dan reka bentuk kereta kebal pihak bersekutu (termasuk Perancis) diperelok semasa perperangan. Kereta kebal yang berikutnya lebih tahan, mempunyai enjin lebih berkuasa, mampu menahan peluru penembus perisai [[Jerman]] dan dengan bentuk [[rhomboid]] mampu mengatasi halangan besar. Jerman turut membina beberapa kereta kebal, tetapi tidak mendalami konsep ini dengan lebih jauh.
245,304

suntingan