Masakan Palestin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k kemas
k +gambar
Baris 1:
[[File:Palestine breakfast.jpg|thumb|Hidangan sarapan pagi Palestin dengan pita, hummus, dan labaneh. Labaneh ialah keju berkrim warna putih yang diselaputi minyak zaitun.]]
 
'''Masakan Palestin''' terdiri daripada makanan daripada ataupun lazim dimakan oleh [[orang Palestin]] – yang termasuk mereka yang tinggal di [[wilayah-wilayah Palestin]], [[warga Israel keturunan Arab|Israel]], [[Jordan]], [[kem pelarian Palestin|kem pelarian]] orang palestin di negara-negara jiran dan juga [[diaspora Palestin]]. Masakan ini merupakan penyerapan budaya-budaya peradaban yang menduduki wilayah Palestin, khususnya semasa dan selepas [[Kekhalifahan al-Rasyidin|era pengislaman]] bermula dengan penakalukan oleh [[Kekhalifahan Umaiyah]], diikuti [[Kekhalifan Abbasiyah]] yang dipengaruhi kuat oleh budaya [[orang Farsi]], dan berakhir dengan pengaruh kuat [[masakan Turki]], ekoran daripada kedatangan [[Empayar Uthmaniyah]]. Masakan ini agak sama dengan [[masakan Levant]] yang lain, termasuk [[masakan Lebanon]], [[masakan Syria]], [[masakan Israel]] dan juga [[masakan Jordan]].