Taranum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kembangkan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{QuranRelated}}
'''TaranumTarannum''' dari segi bahasa adalah [[lagu]]. Taranum dari segi istilah pula memberi maksud mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Ia membawa maksud ilmu atau kaedah memperelok atau memperindah bacaan [[al-Quran]] secara berlagu.<ref>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Taranum Taranum] di Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP</ref> Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca terhadap kecantikan dan keindahan kalimah-kalimah Allah serta mampu menghayati uslub-uslub al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, roh, serta dapat beramal dengannya.
 
Di Malaysia, kaedah ini dikenali dengan nama Taranum al-Quran sempena sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud, "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (taranum) bacaan al-Quran."<ref name=Utusan1210>[http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm Keindahan alunan seni taranum] Utusan Malaysia Online - Johor. 10 Disember 2010</ref>