Moscow: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
Baris 49:
{{main|Sejarah Moscow}}
 
Rujukan pertama kepada Moscow bertarikh dari [[1147]] ketika Putera [[Yuriy Dolgorukiy]] dari [[Kiev]] menjemput putera [[Republik Novgorod]] dengan perkataan-perkataan "marilah melawat aku, saudara, [marilah] ke Moscow." <ref>{{cite web|url=http://faculty.oxy.edu/richmond/csp8/history_of_moscow.htm |title=Sejarah Moscow|publisher=Kolej Occidental|last=Comins-Richmond |first=Walter |accessdate=2006-07-03}}</ref> Sembilan tahun kemudian, pada tahun [[1156]], Yuri Dolgorukiy memberikan perintah untuk membina sebuah dinding kayu untuk mengelilingi Moscow yang sedang berkembang. Dinding itu terpaksa dibina banyak kali. <ref>{{cite web|url=http://russia.nypl.org/events/Kremlin.html |title=Rusia Menghadapi Dunia: Pembinaan Kremlin, 1156-1516 |publisher=Perpustakaan Awam New York|accessdate=2006-07-03}}</ref> Selepas penjarahan Moscow pada tahun [[1237]]-[[1238]], ketika oleh orang-orang [[Mongolia]] membakar bandar raya ini dan membunuh penduduknya, Moscow pulih dan menjadi ibu kota sebuah kerajaan yang berasingan pada tahun [[1327]].<ref name="golden-ring">{{cite web|url=http://www.moscow-city.ru/download/source/Golden_Ring_Engl.pdf/8-11.pdf |title=Di sepanjang Cecincin Emas Moscow |publisher=Pusat Maklumat Pelancong Moscow|accessdate=2006-07-05|archiveurl=http://web.archive.org/web/20120117175537/http://www.moscow-city.ru/download/source/Golden_Ring_Engl.pdf/8-11.pdf|archivedate=2012-01-17}}</ref> Kedudukannya yang baik di hulu air Sungai [[Volga]] menghasilkan pembangunan yang tetap dan selama banyak tahun, Moscow menjadi sebuah kerajaan yang stabil serta makmur, dan menarik banyak orang [[pelarian]] dari seluruh Rusia.
 
Di bawah [[Ivan I dari Rusia|Ivan I]], Moscow mengambil alih [[Tver]] sebagai ibu kota [[Vladimir-Suzdal]] dan menjadi pemungut [[cukai]] yang tunggal kepada pemerintah-pemerintah Mongolia. Melalui pembayaran [[ufti]] yang tinggi, Ivan memenangi konsesi yang penting daripada [[Khan]]. Berbeza dengan kerajaan-kerajaan yang lain, Moscow tidak dibahagikan antara anak-anak lelaki Ivan I tetapi diwarisi pada keseluruhan kepada anak sulungnya. Pada tahun [[1380]], Putera [[Dmitry Donskoy]] dari Moscow mengetuai seangkatan tentera Rusia yang bersatu untuk mencapai satu kemenangan yang penting terhadap orang-orang Mongolia dalam [[Perang Kulikovo]]. Selepas itu, Moscow memainkan peranan yang utama untuk membebaskan Rusia daripada penguasaan Mongolia. Pada tahun [[1480]], [[Ivan III dari Rusia|Ivan III]] akhirnya [[Pertahanan Agung di Sungai Ugra|membebaskan orang-orang Rusia]] daripada penguasaan orang [[Tatar]], dan membenarkan Moscow menjadi pusat kuasa di Rusia. <ref>{{cite web|url=http://www.iusb.edu/~journal/2002/vogel_2/vogel.html |title=Hubungan Mongolia: Pengaruh-pengaruh Mongolia pada Pembangunan Moscow |last=Vogel |first=Michael |publisher=Universiti Indiana South Bend |accessdate=2006-07-03}}</ref> Ibu kota Rusia yang telah berpindah dari Kiev ke Vladimir, bertapak di bandar raya ini pada keakhiran pemerintahannya, dan Moscow sekali lagi menjadi ibu kota sebuah empayar yang kemudian merangkumi semua kawasan hari ini, iaitu Rusia, [[Siberia]], dan bahagian-bahagian kawasan yang lain.