Bandar Raya New York: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 193:
Rasa marah terhadap penguatkuasaan kerahan tenaga rakyat ketenteraan ketika [[Perang Saudara Amerika]] (1861–1865) mengakibatkan tercetusnya [[Rusuhan Kerahan Tenaga New York]] pada tahun [[1863]], iaitu salah satu peristiwa pergolakan sivil yang paling buruk dalam sejarah AS. Pada tahun [[1898]] Bandar raya New York moden dibentuk dengan penggabungan [[Brooklyn]] (yang sebelum itu merupakan sebuah bandar raya berdikari), [[Manhattan]] dan perbandaran di kawasan-kawasan lain. Pembukaan [[New York City Subway]] pada tahun [[1904]] membantu untuk mengukuhkan bandaraya baru tersebut. Sepanjang separuh pertama abad ke-20, bandar raya ini menjadi pusat sedunia bagi perindustrian, perdagangan, dan perhubungan. Pada tahun [[1911]] insiden [[kebakaran Kilang Triangle Shirtwaist]], bencana perindustrian paling teruk pernah dialami kota ini, meragut nyawa 146 pekerja dan mencetuskan perkembangan penting dalam [[piawaian keselamatan]], [[kod bangunan]], dan peningkatan dalam jabatan [[bomba]] kota.
 
Pada 1920-an Bandar raya New York dijadikan destinasi bagi [[orang Afrika-Amerika]] ketika [[Penghijrahan Besar-Besaran (Afrika-Amerika)|penghijrahan besar-besaran]] dari bahagianserata AS. Menjelang [[1916]], bandar raya New York menjadi rumah kepada pendudukan bandar orang Afrika terbesar di Amerika Utara. [[Harlem Renaissance]] turut berkembang sebagai sebahagian daripada waktu ekonomi melambung ketika zaman [[Prohibition di Amerika Syarikat|Prohibition]] yang melihatkan pembinaan [[pencakar langit]] yang bersaing dengan sengit di angkasa. Bandaraya New York menjadi bandaraya paling banyak penduduknya di dunia pada tahun [[1925]], mengatasi [[London]] yang paling ramai bilangan warganya selama seabad sebelum itu. [[Zaman Meleset di Amerika Syarikat|Zaman Meleset]] melihat pemilihan reformis bernama [[Fiorello LaGuardia]] sebagai Datuk Bandar dan kejatuhan Tammany Hall setelah 80 tahun dominasi politiknya.
[[Fail:National_Park_Service_9-11_Statue_of_Liberty_and_WTC_fire.jpg|thumb|right|230px|[[Serangan 11 September]] terhadap [[Pusat Dagangan Dunia]].]]