Perbezaan antara semakan "Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham"

 
''Manazir'' [[terjemahan Latin dalam abad ke-12|diterjemahkan ke dalam Latin]] oleh seorang sarjana yang tidak diketahui namanya pada penghujung abad ke-12 ataupun awal abad ke-13.<ref>{{harv|Crombie|1971|p=147, n. 2}}</ref> Terjemahan ini dicetak oleh [[Friedrich Risner]] dalam tahun 1572, dengan judul Latinnya, ''Opticae thesaurus: Alhazeni Arabis libri septem, nuncprimum editi; Eiusdem liber De Crepusculis et nubium ascensionibus'' (Bahasa Melayu: Optik yang Sangat Bernilai: Tujuh buku Alhazeni si Arab, diterbitkan buat kali pertama: Buku tentang senjakala awan dan hamal).<ref>{{Citation|url=http://www.mala.bc.ca/~mcneil/cit/citlcalhazen1.htm|title=Alhazen (965–1040): Library of Congress Citations|publisher=Malaspina Great Books|accessdate=2008-01-23}}</ref> Risner juga penulis nama varian "Alhazen"; sebelum Risner al-Haitham dikenali di Barat sebagai "Alhacen". Karya ini mendapat sanjungan tinggi dalam [[Zaman Pertengahan]]. Karya-karya al-Haitham tentang subjek-subjek geometri diketemu di dalam [[Bibliotheque nationale|Bibliothèque nationale]] di [[Paris]] dalam tahun 1834 oleh EA Sedillot. Manuskrip-manuskrip lain disimpan di [[Bodleian Library]] di [[Oxford]] dan di dalam perpustakaan [[Leiden]].
 
=== Teori penglihatan ===
 
[[File:Al-Alim al-Arabiy al-Hasan bin al-Haytham (the Arab Scientist al-Hasan bin al-Haytham).jpg|thumbnail|400px|Al-Haitham pada wang 10 dinar Iraq]]
 
Terdapat dua teori utama tentang penglihatan dalam zaman [[baharian klasik]]. Teori pertama, [[teori Pancaran]], disokong oleh para pemikir seperti [[Euclid]] dan [[Ptolemy]], yang mempercayai bahawa penglihatan bekerja dengan mata mengeluarkan [[Sinaran (optik)|sinaran]] [[cahaya]]. Teori kedua, teori intromisi, yang disokong [[Aristotle]] dan pengikut-pengikutnya, menyatakan bahawa terdapat bahan-bahan fizikal yang memeasuki mata dari sesuatu objek. Penulis-penulis terdahulu (seperti [[al-Kindi]]) berhujah mengikut laras-laras Euclid, Galeni, ataupun Aristotle; pencapaian al-Haitham ialah pengwujudan sebuah teori yang berjaya menggabungkan bahagian-bahagian hujah sinaran matematik Euclid, tradisi perubatan [[Galen]], dan teori-teori intromisi Aristotle. Teori intromisi al-Haitham secara kasarnya mirip teori al-Kindi (dan menyimpang daripada Aristotle) dalam penyataannya "daripada setiap titik setiap bahan berwarna, diterangi oleh apa juah cahaya, terbit cahaya dan warna pada garisan yang sangat lurus yang dapat diraih dari titik itu.".<ref name="Lindberg 1976 73">{{harv|Lindberg|1976|p=73}}</ref>
 
== Nota ==