Perbezaan antara semakan "Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham"

k (→‎Kitab al-Manazir: kemas pautan)
 
Terdapat dua teori utama tentang penglihatan dalam zaman [[baharian klasik]]. Teori pertama, [[teori Pancaran]], disokong oleh para pemikir seperti [[Euclid]] dan [[Ptolemy]], yang mempercayai bahawa penglihatan bekerja dengan mata mengeluarkan [[Sinaran (optik)|sinaran]] [[cahaya]]. Teori kedua, teori intromisi, yang disokong [[Aristotle]] dan pengikut-pengikutnya, menyatakan bahawa terdapat bahan-bahan fizikal yang memeasuki mata dari sesuatu objek. Penulis-penulis terdahulu (seperti [[al-Kindi]]) berhujah mengikut laras-laras Euclid, Galeni, ataupun Aristotle; pencapaian al-Haitham ialah pengwujudan sebuah teori yang berjaya menggabungkan bahagian-bahagian hujah sinaran matematik Euclid, tradisi perubatan [[Galen]], dan teori-teori intromisi Aristotle. Teori intromisi al-Haitham secara kasarnya mirip teori al-Kindi (dan menyimpang daripada Aristotle) dalam penyataannya "daripada setiap titik setiap bahan berwarna, diterangi oleh apa juah cahaya, terbit cahaya dan warna pada garisan yang sangat lurus yang dapat diraih dari titik itu.".<ref name="Lindberg 1976 73">{{harv|Lindberg|1976|p=73}}</ref>
 
Namun demikian, ini menimbulkan masalah bagaimana mahu menerangkan pembetukan sesebuah imej daripada banyak sumber pancaran; khususnya, setiap titik sesebuah objek itu akan mengirim pancaran kepada setiap titik di mata. Apa yang diperlukan al-Haitham ialah sebuah titik pada objek yang sepadan dengan hanya satu titik di mata.<ref name="Lindberg 1976 73"/> Beliau cuba meneylesaikan masalah ini dengan menyatakan yang hanya titik serenjang dari objek dapat dikesan oleh mata; buat sesuatu titik tertentu di mata, hanya pancaran yang sampai kepadanya secara langsung, tanpa dibias oleh bahagian mata yang lain, akan dapat dikesan. Beliau memberi hujah dengan menggunakan analogi yang pancaran serenjang lebih kuat daripada pancaran yang condong; sama seperti sebuah bola yang dibaling terus kepada sebuah papan mungkin mematahkan papan tersebut, sementara bola yang dibaling condong akan memantul, pancaran serenjang lebih kuat daripada pancaran terbias, dan hanya pancaran serenjanglah yang dapat dikesan mata.
 
Oleh sebab terdapat hanya satu pancaran serenjang yang akan memasuki mata pada mana-mana tempat, dan semua pancaran ini akan bertemu di tengah-tengah mata dalam bentuk kon, ini membolehkan beliau untuk menyelesaikan masalah tentang setiap titik objek yang mengirim banyak pancaran kepada mata&mdash;jika hanya pancaran serenjang yang penting, ini bermaksud beliau mempunyai keseragaman titik-ke-titik dan kekeliruan dapat diselesaikan.<ref>{{harv|Lindberg|1976|p=74}}</ref> Beliau kemudiannya menyatakan (dalam buku tujuh ''Manazir'') yang pancaran lain akan terbias dalam mata dan dikesan ''seolah-olah'' pancaran-pancaran tersebut pancaran serenjang.<ref>{{harv|Lindberg|1976|p=76}}</ref>
 
Hujah-hujah beliau tentang pancaran serenjang tidak menerangkan dengan jelas mengapa ''hanya'' pancaran serenjang dapat dikesan; mengapa harus pancaran condong yang lemah tidak dikesan dengan lemah?<ref>{{harv|Lindberg|1976|p=75}}</ref> Hujah-hujah terkemudian al-Haitham yang pancaran terbias akan dikesan seolah-olah pancaran serenjang tidak berapa meyakinkan.<ref>{{harv|Lindberg|1976|pages=76–78}}</ref> Walau bagaimanapun, walaupun ia mempunyai beberpa kelemahan, tidak ada teori lain yang menyeluruh macam teorinya, dan teori ini amat berpengaruh, terutamanya di Eropah Barat: "dengan cara langsung ataupun tidak langsung, buku ''De Aspectibus'' menyebabkan banyak aktiviti dalam bidang optik yang berlaku antara abad ke-13 dan ke-17."<ref name="Lindberg 1976 86">{{harv|Lindberg|1976|p=86}}</ref> Teori terkemudian [[Kepler]] tentang imej [[retina]] (yang menyelesaikan masalah seragaman titik-titik pada objek dengan titik-titik di mata) terbina secara langsung di atas kerangka konsep al-Haitham.<ref name="Lindberg 1976 86"/>
 
Al-Haitham menunjukkan melalui ujikaji yang cahaya bergerak dalam garisan lurus, dan beliau melakukan beberapa ujikaji dengan [[kanta]], [[cermin]] [[pembiasan]], dan juga [[pantulan (fizik)|pantulan]].<ref name=Deek/> Beliau merupakan orang yang pertama yang memikirkan tentang komponen menegak dan mendatar buat pancaran cahaya yang terbias dan terpantul, yang merupakan langkah penting terhadap pemahaman optik dari segi geometri.<ref>{{harv|Heeffer|2003}}</ref>
 
[[Kamera obskura]] diketahui orang Cina, dan Aristotle ada membincangkan prinsip dibelakang alat ini dalam karya ''Problems''nya, akan tetapi, kerja al-Haithamlah yang mengandungi pemerian jelas yang pertama tentang kamera obskura<ref name=Kelley>{{harv|Kelley|Milone|Aveni|2005|p=83}}: {{quote|"Pemerian jelas yang pertama tentang alat ini terdapat dalam ''Kitab al-Manazir'' ibn al-Haitham."}}</ref> dan analisis awal <ref name=Wade>{{harv|Wade|Finger|2001}}: {{quote|"Prinsip-prinsip kamera obskura mula-mula dianalisis dengan betul dalam abad kesebelas, apabila ia dilakarkan oleh Ibn al-Haytham."}}</ref> alat ini.
 
Al-Haitham mengkaji proses penglihatan, struktur mata, pembetukan imej di dalam mata, dan [[sistem penglihatan]]. Ian P. Howard mengutarakan hujah dalam sebuah rencana dalam jurnal ''[[Perception (journal)|Perception]]'' tahun 1996 yang al-Haitham harus diperakui dengan banyak penjumpaan dan teori yang disandarkan kepada orang Eropah Barat yang menulis berabad-abad terkemudian daripadanya. Misalnya, Howard memerikan apa yang dikenali sebagai [[Hukum Hering tentang penyarafan sama|Hukum Hering]] dalam abad ke-19; al-Haitham menulis tentang ''[[horopter]]'' yang lebih 600 tahun lebih awal daripada penulisan [[Aguilonius]], dan teori al-Haitham lebih dekat dengan definisi modern berbanding dengan definisi Aguilonius. Selain itu, kerja al-Haitham berkaitan dengan [[ketaksamaan binokular]] diulangi oleh Panum dalam tahun 1858.<ref name=Howard>{{harv|Howard|1996}}</ref>
 
== Nota ==