Lencana Cedera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tofeiku (bincang | sumb.)
tepat
Baris 5:
[[File:Нагрудный знак за ранение-Чёрный (1939).svg|thumb|right|upright=.5|versi hitam 1939]]
 
Lencana ini terdapat tiga kelas: warna hitam (kelas 3, melambangkan Besi), bagi mereka yang tercedera sekali atau dua kali oleh serangan musuh (termasuk serangan udara), atau mengalami reput fros semasa bertugas; warna perak (kelas 2) bagi mereka yang tercedera tiga atau empat kali, atau mengalami kehilangan tangan, kaki atau mata daripada serangan musuh (juga kehilangan pendengaran sebelah), kecacatan muka atau kerosakan otak akibat serangan musuh; dan warna emas (kelas 1, yang boleh dianugerahi secara anumerta) bagi mereka yang tercedera lima kali atau lebih, buta kedua mata, "hilang kelelakian", atau kerosakan otak yang teruk akibat serangan musuh. Lencana ini diperbuat daridaripada besi, tembaga dan zink yang dicetak, dan juga beberapa logam murah yang dibuat secara persendirian. Mereka yang dari Perang Dunia I juga membuat paten dari gambar guntingan.
 
Kesemua versi Lencana Cedera hendaklah dipakai dibawah dada sebelah kiri uniform atau tunik. Lencana ini mesti dipakai sebelah kiri dibawah kesemua pingat yang lain. Di anggarkan lebih kurang 5 juta lencana telah dikurniakan semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1957, satu versi Lencana Cedera yang diubah telah dibenarkan untuk dipakai; bagaimanapun, jenis yang lama masih boleh dipakai jika lambang swastika dibuang (diasah).
Baris 25:
Lencana Cedera 20 Julai terdapat dalam tiga kelas iaitu hitam, perak dan emas. Kesemua lencana cedera ini telah dibuat oleh firma Junckner dan diperbuat daripada cap kempa perak padu. Penerima yang sebelum ini telah dikurniakan Lencana Cedera yang tetap boleh dikurniakan Lencana Cedera 20 Julai yang lebih tinggi.
 
Tidak seperti Lencana Cedera warna Hitam, Lencana Cedera 20 Julai warna Hitam tidak semuanya berwarna hitam. Hanya helmet dan kalungan bunga berwarna hitam; latarbelakangnya berwarna perak supaya tarikh dan salinan tandatangan boleh dilihat dengan jelas. Lencana Cedera 20 Julai warna Emas juga mempunyai latarbelakang berwarna perak dengan helmet dan kalungan bunga berwarna emas. Lencana Cedera 20 Julai warna Perak pula mempunyai warna hitam pada swastika helmet, tarikh dan salinan tandatangan. Tidak seperti Lencana Cedera yang biasa, ia diperbuat daridaripada dua keping logam.
 
Hitler menyampaikan lencana cedera khas ini kepada mereka yang terselamat berserta dengan dokumen unik dalam satu majlis pada 2 September 1944. Walaupun Hitler turut mengalami kecederaan, beliau sendiri tidak mahu menerima sebarang dari lencana tersebut. Hitler sudah memiliki Lencana Cedera warna Hitamnya sendiri pada Perang Dunia I. Beliau mengurniakan diri sendiri [[Lencana Emas Parti]] nombor 1, tetapi ia hanyalah satu lencana politik bukannya pingat tentera. Empat anugerah secara anumerta telah dihantar kepada waris terdekat masing-masing. Pingat-pingat ini kesemuanya disadur dengan emas termasuk latarbelakangnya sekali.