Gendang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k kemas
Tofeiku (bincang | sumb.)
tepat
Baris 4:
Setiap bangsa seperti [[Tionghoa|Cina]], [[Melayu]] dan [[orang India|India]] mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk [[silat|persilatan]] bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.
 
Gendang Melayu dimainkan oleh masyarakat melayu mempunyai muka yang berlainan saiz. Satu muka dipasang dengan belulang lembu dan satu muka dipasang dengan belulang kambing. Belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang dibelah dua. Belulang itu ditegangkan dengan memasang gelung-gelung yang diperbuat daridaripada rotan. Badanya diperbuat daridaripada kayu nangka dan dipanggil temiang. Temiang berdekatan dengan muka besar, melengkung sedikit dan dililit dengan rotan. Gendang ini ada 2 saiz, yang besar dipanggil gendang ibu dan yang kecil dipanggil gendang anak. Gendang ini dimainkan dengan cara meriba dengan kedudukan melintang dan permukaannya dipalu dengan tapak tangan. Cara gendang ini ditala (tune) ialah dengan cara mengetatkan talinya. Ianya dimain ketika persembahan silat, wayang kulit atau main puteri.
 
DiDalam kalangan masyarakat [[Iban]] di [[Sarawak]], gendang merupakan alat muzik tradisional yang sering digunakan terutamanya semasa majlis, perayaan-perayaan atau upcaraupacara-upacara tertentu seperti [[Gawai Dayak|Hari Gawai]]. Biasanya hanya satu jenis gendang masyarakat Iban. Gendang ini diperbuat daripada kayu yang ditebuk memanjang. Permukaan gendang agak kecil lebih kurang satu jengkal diameter (8 inci). Panjang gendang lebih kurang 1 meter. Permukaan gendang dipasang dengan kulit binatang seperti kulit kijang atau rusa yang ditegangkan dengan rotan. Gendang dimainkan dengan cara meriba dan dipalu dengan tapak tangan sahaja.
 
== Lihat juga ==