Wilayah Pattani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Dekoelie (bincang | sumb.)
Baris 57:
''[[Kerajaan Patani|Lihat Kerajaan Patani]]''
 
Pada asalnya, [[Kerajaan Pattani|Pattani]] merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang merdeka. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 di tangan Burma, Dinasti Chakri yang baru ditubuhkan dan berjaya menghalau penjajah Burma dari Siam, menaruh minat untuk meluaskan pengaruhnya ke selatan termasuk Patani. Serangan pada tahun 1785 berjaya menakluki Patani. Untuk mengukuhkan penguasaannya, Siam melantik orang melayuMelayu sendiri sebagai gabenor di Patani dengan Raja Kampung Laut Tuan Besar dari Kelantan sebagai gabenor yang memakai gelaran raja/sultan atau dalam bahasa Siam sebagai Phraya. Phraya Patani ke-V dan terakhir iaitu [[Tengku Abdul Kadir Kamaruddin|Sultan Abdul Kadir Kamarudin Syah]] telah dibuang negeri ke Kelantan kerana terlibat dalam pemberontakan yang mahu membebaskan Patani dari Siam pada tahun 1902 sekaligus menghapuskan sistem beraja melayuMelayu di Patani. Pada 1909, penguasaan Siam terhadap Pattani diperkukuhkan dan diakui oleh British secara rasmi akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan [[Empayar British]]. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala terdapat sebuah [[pergerakan pemisah Patani]] yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri. Pergerakan pemisah ini menuntut kemerdekaan Pattani Darussalam atau bergabung dengan [[Malaysia]].
 
== Demografi ==