Perbezaan antara semakan "1957: Hati Malaya"

Filem ini dimulakan dengan dipaparkan Raja-raja Melayu dipaksa menurunkan tandatangan untuk mempersetujui penggubalan [[Malayan Union]] sebelum masuk ke plot utama. Plot filem ini mengisahkan cerita dua era yang berbeza iaitu generasi kini pada masa moden yang mencari cerita tentang kemerdekaan dan generasi silam yang berusaha mencapai kemerdekaan.
 
Plot era kini meneritakan lima sahabat iaitu Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee berusaha keras untuk menerbitkan sebuah buku ilustrasi tentang kemerdekaan yang bertajuk "''1957 - Hati Malaya''". Hali berperanan sebagai editor menjadikan bekas rumah datuknya sebagai pejabat mereka. Dalam pada masa yang sama, Hali berusaha mengumpulkan wang sekurang-kurangnya RM 2 juta untuk mendapatkan semula rumah yang penuh kenangan itu. Salmi, yang juga kekasih Hali, merupakan jurugambar dan turut menguruskan bahagian grafik bagi penerbitan ini. Rafik pula menguruskan bahagian ilustrasi dan grafik keseluruhan buku, Ani menguruskan semua laporan dan berita manakala Ang Lee menjadi akauntan bagi kumpulan mereka. Mereka bertungkus-lumus ingin menjayakan penerbitan buku sulung mereka itu. -
 
Sambil mereka cuba menyiapkan buku tersebut, imbasan bermula dengan tiga orang dari tahun 1940-an iaitu Normala, Muzafar dan Khalilah berpindah untuk membuka Warung Asam Laksa. Kemudian dipaparkan perbincangan [[Anwar Malek]] iaitu seorang ketua kerani Jabatan Kerja Raya, dan [[Onn Jaafar|Dato' Onn]] yang ketika itu merupakan Pegawai Daerah Batu Pahat, tentang kerisauan mereka dengan penubuhan [[Malayan Union]]. Mereka kemudian mengusulkan satu persatuan untuk mengumpul orang-orang [[Melayu]] menentang gagasan tersebut dan Anwar menamakan "''United Malays Organisation''" (UMO).
Pengguna awanama