Sri Menanti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eurodyne (bincang | sumb.)
Reverted 1 edit by 103.1.71.65 (talk): Reason for removal? (TW)
Baris 15:
Dengan syarat-syarat di atas itu maka Pesuruhjaya Kerajaan Muar telah memilih nama SERI MENANTI kerana penantian yang begitu lama dalam menyelesaikan konflik di antara kedua-dua tokoh tempatan tersebut.<ref>[http://www.oocities.com/tengku_mahkota_muar/seri_menanti.htm SRI MENANTI MUAR | SMK Tengku Mahkota Muar]</ref>
 
=== Sejarah mukim Sri Menanti ===
Mengikut catatan, mukim ini asalnya berdasarkan tiga mukim:
 
* '''1. Mukim Sri Menanti''':
Kira-kira tahun 1911, Penghulu Salleh dari Pulau Penarek telah membuka suatu kawasan di tepi pantai, diikuti oleh Penghulu Johar dari Parit Jamil membuka kawasan di sebelah Daratnya. Pada tahun 1912, apabila Kerajaan hendak merasmikan kampong tersebut dengan memberikan suatu nama kampong yang sesuai serta melantik seorang penghulu, suatu pergaduhan telah berlaku antara Penghulu Salleh dan Penghulu Johar. Masing-masing mendakwa adalah layak dan berhak untuk menjadi "Penghulu" di kawasan tepi pantai dan sebelah Darat yang mereka telah buka. Persengketaan kedua-dua mereka telah berlarutan bertahun-tahun lamanya sehingga timbul keraguan orang-orang kampung tentang kemungkinan persengketaan itu tidak dapat diselesaikan lagi. Akhirnya Dato' Abdullah bin Jaafar, Pesuruhjaya Kerajaan Muar, telah meminta buah fikiran daripada Haji Abu Bakar bin Haji Hassan, Kadhi Daerah Muar, untuk menyelesaikan kebuntuan yang telah berlaku. Beliau telah memberikan pendapat dan pendapat tersebut telah dijadikan syarat kepada kampung yang belum bernama itu sebagaimana berikut:
** (i) Kampong baharu itu hendaklah diberi suatu nama yang sesuai dan dapat diterima oleh kedua-dua pihak yang bersengketa;
** (ii) Kedua-dua mereka hendaklah dilantik sebagai penghulu di kawasan masing-masing untuk menghargai jasa mereka membuka kawasannya;
** (iii) Setelah salah seorang daripada mereka meninggal dunia, kawasan Pantai dan kawasan Darat hendaklah dicantumkan menjadi satu kawasan dikenali dengan nama barunya diletakkan di bawah pengawasan penghulu yang masih hidup;
** (iv) Kedua-dua kawasan hendaklah mempunyai sebuah sahaja masjidnya;
** (v) Kedua-dua pihak hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memulihkan semula hubungan silaturrahim yang telah terjejas.
Dengan termetrinya syarat-syarat tersebut, Pesuruhjaya Kerajaan Muar telah memilih nama "SERI MENANTI" berdasarkan kepada Raja Melewar di Negeri Sembilan yang memberikan nama Seri Menanti sebagai sebuah pusat pentadbiran kerana tempat itu sama baik hasil padinya dengan tempat yang ditinggalkan oleh baginda di Minangkabau. Bagi kampong Seri Menanti, "Seri" bermaksud tiada siapa yang diakui sebagai menang dan tiada siapa yang dianggap kalah di dalam pertikaian manakala "Menanti" bermaksud penantian nama kampung oleh penduduk yang tidak kunjung tiba dan sentiasa dinanti-nantikan. Pada tanggal 29.9.1911, Penghulu Haji Johar telah mendapat "TAULIAH" daripada DYMM Sultan Johor sebagai "Penghulu Mukim Seri Menanti" bersama-sama dengan Naib Penghulu Bodot bin Haji Ahmad bagi Mukim Parit Pechah dan Penghulu Haji Hassan bin Haji Taib bagi Mukim Parit Jamil.
 
Nota: Agak janggal penempatan penduduk jawa mengambil nama sempena tempat di sumatera barat, adalah lebih relevan dikaji maksud seri menanti itu sendiri kerana dalam bahasa jawa sri manganti membawa makna raja (sri) menunggu (manganti). Adalah lebih baik mengkaji dari perspektif makna nama daripada mengaitkannya terus dengan tempat lain. Mungkin lebih banyak perkara dapat diuraikan berkaitan nama berkenaan. Kajian boleh dimulai ke atas pembuka asal mukim tersebut yang berasal dai jawa yang hanya dikenali sebagai penghulu Taib.
 
* '''2. Mukim Parit Pechah''':
Adalah dipercayai kampung ini telah berpenghuni kira-kira penghujung abad ke-19 tetapi tidak mempunyai namanya. Namun nama Parit Pechah yang diabadikan adalah bermaksud pecahan dua puak yang mendiami kampung itu. Dipercayai lagi bahawa di peringkat permulaan masyarakat di situ terdapat dua puak yang datang dari Kampung Haji Abu bin Abdul Rahman, Bandar Maharani dan satu puak lagi ialah orang-orang atau pengikut Daing Kelewang yang berasal dari Singapura (1904). (Banyak cerita-cerita dongeng lain yang tidak mungkin boleh disejarahkan, antaranya mengambil sempena piring pecah, botol pecah dan sebagainya). Pada 29.09.1911, Bodot bin Haji Ahmad telah mendapat "TAULIAH" daripada DYMM Sultan Johor bergelar "Naib Penghulu Mukim Parit Pechah". Kawasan mukim meliputi dari kawasan sebelah laut hingga ke daratnya lebih kurang 8 km panjang. Namun kampung tersebut telah didaftarkan dalam 'Daftar Orangkaya-Orangkaya, Penghulu-Penghulu dan Naib-Naib Bagi Daerah Muar' pada tahun 1917 yang menyebut kali pertama telah didengar nama Mukim Parit Pechah dan Naib Penghulunya iaitu Bodot bin Haji Ahmad telah disebut dengan secara rasminya.
 
* '''3. Mukim Parit Jamil''':
Kira-kira penghujung abad ke-19 dibuka oleh Haji Taib yang berasal dari tanah Jawa yang berkeluarga dengan Penghulu Haji Abdul Jabar, Penghulu Kampung Parit Jawa (Pembantu Penghulu kepada Penghulu Kampung Parit Jawa) telah meneroka kawasan baru yang berhampiran setelah diberikan galakan oleh rakan-rakannya. Haji Taib mempunyai kepimpinan dan bakat yang baik untuk menjadi ketua masyarakat. Beliau telah menjadikan penempatan baru itu sebuah perkampungan tersusun molek di tepi landasan keretapi.yang kini sudah menjadi jalan raya: (menurut Akhbar Straits Times, Singapura bertarikh 21.10.1893 mengatakan “bahawa jalan keretapi Muar yang dibina pada tahun 1890 telah sampai di Kampung Parit Jamil, 18 km dari Bandar Maharani dan akan diteruskan pembinaannya hingga ke Batu Pahat”) dengan kemudahan seperti sekolah, masjid, tanah perkuburan dan rumah penghulu berdekatan antara satu sama lain. Kemolekan dan keelokan di dalam Bahasa Arab disebut “Jamiil” yang akhirnya kampong itu dinamakan dengan Parit Jamil. Namun bukti tepat tidak dapat dicari, walau bagaimanapun maksud “jamil” ialah “molek” dan “tersusun” adalah memberikan jawapannya. Di suatu ketika kawasan pengendalian Kampung Parit Jamil adalah meliputi sepanjang Kampong Parit Jamil hinggalah ke Kampong Parit Jamil Darat. Setelah Haji Taib meninggal dunia anaknya Haji Hassan telah menjadi ketua di kampong itu. Beliau telah mendapat "TAULIAH" daripada DYMM Sultan Johor pada 29.9.1917 bergelar "Penghulu Mukim Parit Jamil". Kawasannya meliputi hingga hujung Parit Jamil Ulu (Di sebelah Surau Sungai Resik Darat - di hujung parit ).
 
Selepas Perang Dunia Ke-2, ketiga-tiga mukim itu: Mukim Seri Menanti, Mukim Parit Pechah dan Mukim Parit Jamil, telah diletakkan di dalam satu pentadbiran mukim "MUKIM SRI MENANTI", mengambil nama kampong Seri Menanti yang diberi nama oleh Pesuruhjaya Kerajaan Muar (Mukim Seri Menanti disebut "Kampong Seri Menanti", Mukim Parit Pechah disebut Kampong Parit Pechah" dan Mukim Parit Jamil disebut "Kampong Parit Jamil").
 
Mukim ini ditadbirkan oleh seorang Penghulu Mukim (kakitangan Kerajaan) dengan dibantu oleh beberapa orang Ketua Kampung yang bertanggungjawab kepada kampung masing-masing. Keluasan kawasan mukim ialah 17,831 ekar @ 8,704 hektar.<ref>[http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2007/02/pentadbiran-mukim-sri-menanti.html Sejarah Ringkas Muar | Sejarah Mukim Sri Menanti | oleh Dato' Haji Abdul Shukor Ismail]</ref>
 
== Maklumat asas ==