Lebuhraya Pan Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 36:
'''Lebuhraya Pan Borneo'''<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/mengimpikan-lebuhraya-pan-borneo-yang-baru-mohd-aizan-mohd-nor Mengimpikan Lebuhraya Pan-Borneo yang baru - Mohd Aizan Mohd Nor.]</ref>, juga dikenali sebagai '''Lebuhraya Trans Borneo''', '''(Laluan Persekutuan {{JKR|01}} di [[Sarawak]] dan {{JKR|A1}} di [[Sabah]], Laluan Kebangsaan 1 di [[Brunei]])''' {{AHN-AH|150}} adalah satu rangkaian [[laluan persekutuan]] yang menghubungkan [[Sarawak]], [[Brunei]] dan [[Sabah]]. Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia. Projek tersebut bermula sebaik sahaja Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan [[Malaysia]] pada tahun 1963. Faktor utama pembinaan lebuh raya ini adalah berikutan tiadanya rangkaian jalan raya di Sarawak. Bahagian yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei adalah bahagian Lawas - Temburong (Brunei), siap pada tahun 1997. Dengan siapnya bahagian tersebut, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari [[Kuching]] ke [[Kota Kinabalu]].<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/mengimpikan-lebuhraya-pan-borneo-yang-baru-mohd-aizan-mohd-nor Mengimpikan Lebuhraya Pan-Borneo yang baru - Mohd Aizan Mohd Nor.]</ref> Namun demikian, Kerajaan Pusat terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.<ref>[http://www.barisannasional.org.my/news/masa-depan-lebuhraya-pan-borneo Masa Depan Lebuhraya Pan Borneo]</ref>
 
Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 1047.18 km. Setakat tahun [[2002]], lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian [[Tenom]] - [[Sipitang]] pada tahun 2006. Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh [[Rancangan Malaysia Kesembilan]]. Di bawah Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga, pem­binaan jalan empat lorong dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan termasuk lorong memotong di setiap satu kilometer untuk menangani kawasan kerap kemalangan dan pemendekan jalan.<ref>[http://www.theborneopost.com/2013/12/01/pembinaan-lebuh-raya-pan-borneo-tumpu-kawasan-kerap-kemalangan/ Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tumpu kawasan kerap kemalangan.]</ref> Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, sejumlah RM500 juta diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan bagi menangani ka­wasan berisiko selain menaik taraf serta menyelenggara jalan rosak.
 
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/12/01/pembinaan-lebuh-raya-pan-borneo-tumpu-kawasan-kerap-kemalangan/#ixzz3FZkYRB4H
 
Lebuhraya Pan Borneo turut dihubungkan ke rangkaian jalan raya di [[Kalimantan]], [[Indonesia]], di mana ia dikenali sebagai '''Lebuhraya Trans-Kalimantan''' (''Jalan Lintas Kalimantan'' dalam [[Bahasa Indonesia]]). Jajaran di Indonesia menghubungkan pekan [[Tebedu]] dengan bandar raya [[Kota Pontianak|Pontianak]].