Sandakan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k commons
Cyzja (bincang | sumb.)
Tambah maklumat, baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 46:
'''Sandakan''' merupakan salah sebuah bandar utama di [[Sabah]] dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di [[Teluk Sandakan]] menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau [[Borneo]] dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).
 
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri [[Borneo Utara]] semazasemasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan padang terbang (airfield) tentera Jepun semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Peristiwa perjalanan maut Sandakan (Sandakan death march) di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.
 
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya [[Sungai Kinabatangan]], [[Gua Gomantong]], [[Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok]] dan [[Taman Pulau Penyu]]. [[Lapangan Terbang Sandakan]] merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.