The Raven: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'File:Tenniel-TheRaven.jpg|thumb|alt=|"''The Raven''" mengisahkan satu kunjungan gagak misteri ke rumah pencerita yang berdukacita. Diilustrasikan oleh [[J...'
 
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 152:
Daripada rasa takjub terhadap gagak yang tidak semena-mena hinggap di dalam rumahnya, lelaki tersebut bertanya burung tersebut akan namanya. Gagak tersebut hanya menjawab "''Nevermore''" ("''tidak akan lagi''"). Pencerita berasa terkejut kerana gagak ini boleh berkata-kata, walaupun gagak itu hanya menyebut sepatah kata itu sahaja. Dia berkata pada dirinya yang "rakan"nya si gagak ini akan terbang keluar jua nanti dari hidupnya, seperti mana "rakan-rakan lain telah terbang pergi sebelum ini" ("''other friends have flown before''") bersama-sama harapannya yang lalu. Gagak itu berkata, seolah-olah menjawab lelaki tersebut, "''Nevermore''". Pencerita menganggap yang gagak ini belajar perkataan "''Nevermore''" ini daripada "tuannya yang tidak gembira" ("''unhappy master''") dan perkataan itu sahaja yang gagak ini tahu.
 
Meskipun begitu, pencerita ini menarik kerusinya ke hadapan gagak ini dengan niat mempelajari lebih tentangnya. Dalam sunyi, dia berfikir sejenak, dan mindanya melayang kembali mengingati kekasihnya Lenore yang hilang. Dia merasakan seolah-olah udara sekelilingnya semakin tebal dan ada malaikat yang berada di dalam biliknya. Dia tertanya-tanya sama ada Tuhan sedang menghantarnya suatu tanda yang dia akan melupakan Lenore. Burung tersebut sekali lagi memberi jawapan yang sama, seperti mengatakan yang lelaki itu tidak akan pernah dapat melupakan memorinya. Pencerita mula berasa marah, dan memanggil gagak tersebut "satu kejahatan" ("''thing of evil''") dan "tukang tilik" ("''prophet''"). Akhir sekali, dia bertanyakan gagak ini sama ada dia akan dapat disatukan kembali dengan Lenore di Syurga. Apabila gagak ini menjawab lagi "''Nevermore''", lelaki ini menjadi sangat marah dan menggelar burung tersebut penipu, serta mengarahkannya kembali ke "pesisiran pantai [[Pluto (mitologi)|Pluto]]" ("''Plutonian shore''"), tetapi gagak itu terus kaku. Barangkali ketika puisi ini dibacakan oleh pencerita, gagak ini "masih bertenggek" ("''still is sitting''") di atas ukiran kepala Pallas. Kata-kata terakhir penyajak ialah nyawanya terperangkap di bawah bebayang gagak tersebut dan tidak akan diangkat lagi ("''shall be lifted, nevermore''").
 
==Analisis==
Poe menulis puisi ini sebagai puisi naratif, tetapi secara tidak sengaja beliau telah menghasilkan [[alegori]] atau menyentuh secara langsung [[didaktikisma]]. Tema utama puisi ini ialah ketaatan yang tidak menghilang. Pencerita mengalami konflik antara keinginan dirinya untuk melupakan kekasihnya dan keinginan untuk terus mengingatinya. Dia seolah-olah mendapat kepuasan daripada memikirkan tentang kehilangannya. Pencerita ini tahu yang perkataan "''Nevermore''" yang dilafazkan oleh gagak tersebut adalah satu-satunya perkataan yang ia ketahui ("''[it's] only stock and store''"), namun dia terus bertanyakan soalan-soalan kepada burung ini, walhal dia tahu jawapan yang akan diberikan olehnya. Maka, soalan-soalan yang dia tanya memang bertujuan untuk menyalahkan diri pencerita sendiri dan menguatkan lagi perasaan dukacitanya. Poe tidak menjelaskan sama ada gagak tersebut faham atau tidak apa yang ia katakan atau sama ada gagak tersebut memang berniat menyebabkan pencerita merasakan perasaan tersebut. Di awal puisi ini, pencerita berada dalam keadaan "lemah dan keletihan" ("''weak and weary''"), kemudian berasa menyesal dan dihantui kesedihan, dan seterusnya menjadi marah dan akhirnya hilang akal. Christopher F. S. Maligec mengusulkan bahawa puisi ini adalah sejenis [[elegi]] [[paraklausitiron]], bentuk puisi Yunani dan Rom purba yang terdiri daripada rintihan kekasih yang dipinggirkan di luar pintu orang yang dicintainya.
 
==Rujukan==