Doctor Who: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 23:
| related = ''[[K-9 and Company]]''
''[[Torchwood]]''
''[[The Sarah Jane Adventures]]''
''[[K-9 (siri TV)|K-9]]''
''[[Doctor Who Confidential]]''
''[[Totally Doctor Who]]''

'''Doctor Who''' merupakan sebuah siri televisyen British yang dihasilkan oleh BBC dari 1963 hingga kini. Siri ini menonjolkan pengembaraan Doctor, seorang Time Lord - Makhluk Asing Bermanusia yang Mengembara Masa. Beliau mengembara di seluruh alam semesta di dalam TARDIS, mesinkapal masa telepatiangkasa yang bernyawa dan mampu untuk terbang di dalam vortex masa. Dari pandangan luar, ia berbentuk seperti pondok telefon di Britain. Bersama dengan temannya, Doctor sering bertemu dengan pelbagai musuh sementara cuba menyelamatkan kaum makhluk asing, menyelamatkan orang biasa, dan membetulkan perkara yang salah.

Rancangan ini memberikan impak yang signifikan kepada kebudayaan Britain, dan telah diketahui memberi pengaruh kepada ramai ahli profesional televisyen yang menonton rancangan ini sejak dari kecil lagi. Pada asalnya, siri ini disiarkan bermula dari tahun 1963 sehingga 1989. Selepas kegagalan bagi mencetuskan semula siri ini dengan filem televisyen pada tahun 1996, rancangan ini dilancarkan semula oleh Russell T Davies yang mana kekal menjadi penggerak siri ini bagi 5 tahun pertama selepas pelancarannya. Siri pertama di abad ke 21, dan Christopher Eccleston dipilih menjadi Doctor yang kesembilan.