Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
buang ambox; letak di pautan luar
→‎Lebih kuasa: kesilapan tatabahasa dan ejaan
Baris 84:
 
===Lebih kuasa===
Pada 6 Oktober 2009, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 akan dipinda supaya dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' didalam kalangan masyarakat Malaysia. Kuasa itu bukan untuk menghukum sebaliknya lebih kepada memberi pendidikan.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm "Pindaan Akta Dewan Bahasa", Utusan Online, 6 Oktober 2009.]</ref>
 
Pada 8 Mei 2011, para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, peraturan tersebut telah dilaksanakan sejak tahun lalu di bawah undang-undang kecil iklan PBT.
Baris 93:
Mana-mana pihak yang membelakangi peraturan ini jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.<ref>http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/443-berita/9728-rujuk-dbp-sebelum-pohon-lesen-iklan.html Rujuk DBP Sebelum Pohon Lesen Iklan</ref>
 
Dalam pada itu, Datuk Termuzi turut mengujarimengujar bahawa telah ramai pengiklan memohon iklan, dan mulai tahun 2011, akses perkhidmatan pengiklanan ke PBT turut dipaparkan di laman portal DBP.<ref>http://www.bharian.com.my/articles/PengiklanperlurujukDBPsebelummohonlesenPBT/Article/ Pengiklan perlu rujuk DBP sebelum mohon lesen PBT</ref>
 
Di [[Malaysia]], penggunaan bahasa asing khususnya [[bahasa Inggeris]] dalam pengiklanan dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan [[bahasa Melayu]] sebagai medium bahasa pengiklanan utama di negara tersebut. Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris.<ref>http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1200 Rugikah Perniagaan Jika Menggunakan Bahasa Kebangsaan?</ref>