Perbezaan antara semakan "Dinasti Qing"

(→‎Penubuhan negeri Manchu: Memperbaiki ejaan)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Dinasti ini bukan ditubuhkan oleh [[bangsa Han|bangsa ]]Cina sebaliknya ditubuhkan oleh kaum [[Manchu]] yang pada zaman sekarang sekelompok etnik minoriti di [[China]]. Orang [[Manchu]] merupakan keturunan sekelompok [[orang Tungus]] yang berdiam di sekitar rantau yang kini merangkumi wilayah [[Primorsky Krai]], [[Rusia]] dan wilayah [[Heilongjiang]], [[China]]. Penubuhan yang kemudiannya bergelar negeri [[Manchu]] itu ditubuhkan oleh [[Nurhachi]], ketua sebuah puak [[Jurchen]] kecil di ''Jianzhou'' ({{lang|zh|建州}}), pada wala abad ke-17. Mula-mulanya seorang vasal [[Dinasti Ming]], [[Nurhaci]] pada tahun 1582 memulakan satu perbalahan antara puak yang berkembang menjadi satu kempen penyatuan puak Jurchen Jianzhou. Menjelang tahun 1616 beliau menggabungkan rantau Jianzhou dengan secukupnya agar mengisytiharkan diri beliau sebagai [[Khan]] 'Jin Agung' yang menyentuh wangsa [[Jurchen]] sebelumnya. Ahli-ahli sejarah menggelar entiti pra-Qing ini sebagai 'Jin Akhir' untuk membezakannya daripada [[Dinasti Jin]] pertama. Dua tahun kemudian [[Nurhachi]] secara terbukanya meninggalkan ketuanan kedaulatan Wangsa Ming agar dapat melengkapkan penyatuan puak-puak [[Jurchen]] yang masih bersekutu dengan Dinasti Ming. Selepas serantaian pertempuran yang memihak kepada beliau, Nurhaci memindahkan ibu negerinya dari Hetu Ala ke kota-kota Wangsa Ming yang lebih besar secara berturut-turut di wilayah [[Liaodong]] (遼東), [[Liaoyang]] pertama (遼陽; [[bahasa Manchu]]: ''dergi hecen'') pada tahun 1621 dan sekali lagi pada tahun 1625 ke [[Shenyang]] (沈陽; dinamakan semula sebagai Shengjing; {{lang-zh|盛京}}; [[bahasa Manchu]]: ''Mukden'').
 
Pemindahan istanistana dari Jianzhou ke [[Liaodong]] memberi [[Nurhaci]] tapak kuasa yang lebih besar dari segi sumber manusia dan bahan-bahan; secara georgafi ini juga mendekatkan beliau lagi dengan kawasan [[Mongol]] di dataran Mongolia. Meskipun menjelang masa ini negara [[Mongol]] yang pernah bersatu di bawah [[Genghis Khan]] sudah pun lama berpecah menjadi puak-puak individu yang kadang-kalanya bermusuhan, puak-puak yang berpecah-belah ini masih menjadi ancaman serius kepada keselamatan sempadan Ming. Dasar Nurhaci kepada orang Mongol adalah untuk bersahabat dengan mereka dan meraih kerjasama daripada mereka, maka terjaganya sempadan barat [[Jurchen]] dari musuh berpotensi. Lebih-lebih lagi, orang [[Mongol]] terbukti sebagai sekutu perang berguna yang meminjamkan kepakaran tradisional sebagai pemanah berkuda kepada orang Jurchen. Agar mengekalkan perikatan baru ini, [[Nurhaci]] melaksanakan dasar pengacukan antara orang Jurchen dan bangsawan Mongol yang setia kepada kepimpinan Jurchen, manakala sesiapa yang menentang dihadapkan dengan tindakan ketenteraan. Ini cuma salah satu daripada banyak inisiatif [[Nurhachi]] yang kemudiannya dijadikan dasar kerajaan Qing yang rasmi, oleh itu [[Nurhachi]] banyak dipercayai oleh ahli sejarah di samping keturunan beliau - maharaja Qing berturut-turut sebagai pengasas Wangsa. Sesetengah sumbangan penting lain oleh [[Nurhaci]] termasuk mengarahkan penciptaan [[bahasa Manchul]] bertulis yang berasaskan [[skrip Mongolia]], dan penubuhan sistem pentadbiran sivil dan ketenteraan yang kemudiannya menjadi [[Lapan Panji-panji|Panji-panji]] [[Manchu]], unsur yang mendefinasikan identiti [[Manchu]], maka tersedianya asas untuk mengubah wajah puak [[Jurchen]] yang renggang pertaliannya menjadi satu negara.
 
{{Sejarah China}}
41

suntingan