Perbezaan antara semakan "Sejarah Australia"

→‎Asal usul nama Australia: daripada menadi dari
(→‎Asal usul nama Australia: daripada menadi dari)
 
== Asal usul nama Australia ==
Nama 'Australia' berasal daripadadari perkataan [[bahasa Latin]], ''australis'', yang bermaksud ''di selatan''. Legenda tentang "sebuah tanah yang tidak dikenali di selatan" (''[[Terra Australis|terra australis incognita]]'') telah diceritakan sejak zaman orang Rom lagi, dan benua ini wujud dalam geografi zaman pertengahan, tetapi tidak mendasarkan pengetahuan sebenar. Bentuk kata sifat Belanda, ''Australische'', telah digunakan seawal 1638 lagi oleh pegawai-pegawai Belanda di [[Jakarta|Batavia]] untuk merujuk kepada sebuah tanah di selatan yang baru ditemui. Penggunaan pertama perkataan "Australia" dalam bahasa Inggeris ialah sebuah terjemahan 1693 untuk ''Les Aventures de Jacques Sadeur dans la Découverte et le Voyage de la Terre Australe'', sebuah novel Perancis yang ditulis pada tahun 1692 oleh [[Gabriel de Foigny]] di bawah nama pena Jacques Sadeur. <ref>Sidney J. Baker, ''The Australian Language'', edisi kedua, 1966.</ref>
 
[[Alexander Dalrymple]] kemudian menggunakan perkataan ini dalam karyanya, ''Himpunan Sejarah Perjalanan-perjalanan dan Penemuan-Penemuan di Lautan Pasifik Selatan'', untuk merujuk kepada seluruh kawasan Pasifik Selatan. Pada tahun 1793, [[George Shaw]] dan [[James Edward Smith|Sir James Smith]] menerbitkan ''Zoologi dan Botani Holland Baru''. Dalam karya itu, mereka menulis tentang sebuah "pulau yang luas terbentang, atau lebih merupai benua, yang dinamakan Australia, Australasia, atau [[Holland Baru (Australia)|Holland Baru]]."
Pengguna awanama