Perbezaan antara semakan "Sejarah dunia"

tiada ringkasan suntingan
k (fixing dead links)
Ramai telah menyatakan bahawa institusi Eropah adalah unggul, bahawa ekonomik [[hak milik]] dan [[pasaran bebas|pasar-bebas]] adalah lebih kuat dari tempat lain berpunca dari ideal [[kebebasan (politik)|kebebasan]] yang pelik kepada Eropah. Pada tahun kebelakangan ini, bagaimanapun, sarjana seperti [[Kenneth Pomeranz]] telah mencabar pandangan ini, walaupun pendekatan revisionis kepada sejarah dunia juga telah ditemu dengan kritikan kerana sistematiknya "mengurangi kepentingan" pencapaian Eropah.<ref>Ricardo Duchesne, [http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/j.1540-5923.2006.00168.x?cookieSet=1 "Asia First?"], ''The Journal of the Historical Society'', Vol. 6, Issue 1 (March 2006), pp.69-91</ref>
 
Geografi Eropah mungkin juga memainkan peranan penting. [[Timur Tengah]], [[India]] dan [[China]] semuanya dikelilingi [[gunung]] tetapi, apabila halangan luar ini ditembusi, mempunyai bentuk muka bumi yang rata. Sebaliknya, [[PyreneesPyrenées]], AlpsAlp, Pergunungan ApennineApennino, Pergunungan CarpathianKarpatos dan banjaran pergunungan yang lain merentasi Eropah, dan benua itu sendiri dibahagikan oleh beberapa laut. Ini memberikan Eropah sedikit perlindungan dari bahaya penceroboh Asia Tengah. Sebelum era senjata api, nomad ini biasanya mempunyai kelebihan ketenteraan berbanding negeri pertanian di pinggir benua Eropah dan, sekiranya mereka lepas lalu ke dataran India utara atau lembah China, hampir mustahil dihentikan. Pencerobohan ini sering kala membawa malapetaka. [[Zaman Kegemilangan Islam]] tamat dengan [[pencerobohan Mongol]] menjarah [[Baghdad]] pada 1258. [[India]] dan [[China]] melalui penjajahan berkala, dan [[Rusia]] menghabiskan beberapa kurun di bawah Penguasaan [[penjajah Tatar|Mongol-Tatar]]. [[Eropah Tengah]] dan [[Eropah Barat|Barat]], secara logistik lebih jauh dari pusat [[Asia Tengah]], terbukti lebih selamat dari ancaman ini.
 
Satu lagi faktor geografi penting dalam kebangkitan Eropah adalah [[Laut Mediterranean]], yang, selama beberapa alaf, telah berfungsi sebagai laluan utama lautan menggalakan pertukaran barang, manusia, idea, dan ciptaan.
Pada kurun ke-14, [[Zaman Pembaharuan]] bermula di Eropah. Sesetengah penyelidik moden telah mempersoalkan samaada kebangkitan [[seni]] dan [[kemanusiaan]] (''humanisme'') membuat sebarang sumbang kepada sains, tetapi era tersebut turut melihat gabungan penting pengetahuan Arab dan Eropah. Salah satu perkembangan yang penting adalah [[caravel]], yang menggabungkan layar lateen Arab dengan layar segi empat Eropah bagi mencipta kapal yang mampu berlayar Lautan Atlantik dengan selamat. Bersama dengan perkembangan penting dalam pelayaran, teknologi ini membenarkan [[Christopher Columbus]] untuk mengembara menyeberangi [[Lautan Atlantik]] pada 1492 dan menyeberangi ruang antara [[Afrika-Eurasia]] dan [[Amerika]].
 
Ini mempunyai kesan dramatik bagi kedua benua. Orang-orang Eropah membawa bersama mereka penyakit [[virus]] yang tidak pernah ditemui oleh penduduk asli Amerika, dan sejumlah penduduk asli mati akibat wabak yang teruk. Orang-orang Eropah turut memiliki kelebihan [[kuda]], [[besi]] dan [[senapang]] yang membantu mereka mengalahkan empayar [[Aztek]] dan [[IncaInka]] termasuk juga kebudayaan [[Amerika Utara]].
 
Emas dan sumber dari Amerika telah dirampas dari penduduk tempatan dan dihantar ke Eropah, sementara pada masa yang sama sejumlah besar koloni Eropah mula berpindah ke Amerika. Untuk memenuhi permintaan bagi buruh di koloni baru, penduduk Afrika mula diimport sebagai hamba abdi. Tidal lama kemudian sebahagian besar Amerika terdiri daripada hamba perkauman kelas rendah yang besar. Di Afrika Barat, sejumlah negeri yang rancak membangun sepanjang [[Persisiran Hamba|persisiran]], menjadi kaya dengan memperalat penduduk Afrika dalaman yang dijual sebagai hamba kepada pedagang Inggeris.
[[Fail:Eertvelt, Santa Maria.jpg|thumb|left|200px|''Kapal Santa Maria berlabuh di Anchor'', dilukis sekitar 1628 oleh [[Andries van Eertvelt]], menunjukkan ''[[carrack]]'' terkenal [[Christopher Columbus]].]]
 
Perkembangan marin Eropah tidaklah mengejutkan — memandangkan bentuk geografi benua tersebut — kebanyakannya merupakan usaha negeri persisiran Atlantik: [[Portugis]], [[Sepanyol]], [[England]], [[Perancis]], dan [[Belanda]]. [[Empayar Portugis]] dan [[Empayar Sepanyol]] adalah yang penakluk yang pertama dan sumber pengaruh penting, tetapi tidak lama kemudian [[England|Inggeris]], [[Perancis]] dan [[Belanda]] turut muncul bagi mula menguasai [[Lautan Atlantik]]. Dalam siri perperangan, pertempuran pada [[abad ke-17]] dan 18, memuncak dengan [[Perang Napoleon]], Britain muncul sebagai kuasa besar dunia pertama. Ia berkembang sebagai empayar yang melitupi dunia, mengawal, pada kemuncaknya, sekitar suku dari tanah dunia, membentuk sebagai "[[Empayar yang matahari tidak pernah terbenam]]".
30,811

suntingan