Buka menu utama

Perubahan

k
tiada ringkasan suntingan
{{Sejarah Malaysia}}
 
'''Malaya British''' secara kurang tepat diperihalkan sebagai sekumpulan negeri di [[Tanah Melayu|Semenanjang Tanah Melayu]] yang dijajah oleh [[United Kingdom|British]] dari [[abad ke-18]] dan [[Abad ke-19|ke-19]] sehingga [[abad ke-20]]. Sebelum pembentukan [[Malayan Union]] pada tahun [[1946]], tanah-tanah jajahan ini tidak diletakkan di bawah sebuah pentadbiran tunggal yang disatukan. Sebaliknya, Malaya British terdiri daripada [[Negeri-negeri Selat]], [[Negeri-negeri Melayu Bersekutu]], dan [[Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu]]. Malaya juga merupakan salah satu negeri naungan British yang paling menguntungkan disebabkan ia adalahmerupakan pengeluar [[timah]] dan kemudiannya [[getah]] yang paling besar di dunia.
 
Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan [[Persekutuan Tanah Melayu]] pada tahun [[1948]]. Malaya mencapai kemerdekaan pada [[31 Ogos]] [[1957]]. Pada [[16 September]] [[1963]], sebuah persekutuan yang lebih besar yang dikenali sebagai [[Malaysia]] dibentuk, bersama-sama dengan [[Sabah]], [[Sarawak]] dan [[Singapura]].
Dua tahun kemudian, Sultan Muhammad Jiwa mangkat dan diwarisi oleh Sultan [[Abdullah Mahrum Shah]]. Sultan baru itu terdesak dan menawarkan Light (yang merupakan wakil British) Pulau Pinang sebagai balasan untuk bantuan ketenteraan kepada Kedah. Light memberitahu Syarikat Hindia Timur Inggeris tentang tawaran sultan. Bagaimanapun, syarikat itu memerintah Light mengambil alih Pulau Pinang tanpa memberi sebarang jaminan bantuan ketenteraan yang dimintai oleh sultan. Light kemudian mengambil alih Pulau Pinang dan menjamin Sultan Kedah tentang bantuan ketenteraan walaupun ini bertentangan dengan kedudukan syarikatnya. Kemudian, syarikat itu membuat keputusan dan memberitahu Light bahawa mereka tidak akan memberi sebarang bantuan ketenteraan kepada Kedah. Pada Jun 1788, Light memberitahu Sultan Kedah tentang keputusan syarikatnya. Berasa ditipu, Sultan Kedah memerintah Light keluar dari Pulau Pinang tetapi Light menolak.
 
Penolakan Light menyebabkan Sultan Kedah mengukuhkan tenteranya dan mengubui [[Seberang Perai|Perai]]. Perai ialah pantai yang terletak di seberang sana Pulau Pinang. Menyedari bahaya itu, pihak British membakar kubu di PraiPerai. Dengan kemenangan mereka, pihak British memaksa Sultan Kedah memeterai sebuah perjanjian yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang. Sebagai balasan, Sultan Kedah akan menerima sewa tahunan sebanyak 6,000 peso Sepanyol. Pada 1 Mei 1771, [[Union Jack]] dinaikkan secara rasmi buat pertama kali di Pulau Pinang. Pada tahun 1800, Kedah menyerahkan Perai kepada pihak British dan Sultan Kedah menerima 4,000 peso lagi sebagai sewa tahunan. Pulau Pinang dinamakan "''Prince of Wales Island''", manakala [[Seberang Perai|Perai]] di namakandinamakan semula sebagai "''Province Wellesley''".
 
Pada tahun 1821, Siam menyerang Kedah serta menjarah ibu kota [[Alor Star]] dan menduduki negeri itu sehingga tahun 1842.
Selepas pihak British menguasai Singapura daripada pihak Belanda melalui [[Perjanjian Inggeris-Belanda 1824]], British bertujuan untuk memusatkan pentadbiran Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Oleh itu, pada tahun 1826, sebuah rangka yang dikenali sebagai "Negeri-negeri Selat" ditubuhkan dengan Pulau Pinang menjadi ibu kotanya. Kemudian pada tahun 1832, ibu kotanya dipindahkan ke Singapura. Sementara tiga pegangan menjadi tulang belakang Negeri-Negeri Selat, [[Pulau Christmas]], [[Kepulauan Cocos]], [[Labuan]] dan [[Dinding]] di [[Perak]] kemudian diletakkan di bawah kuasa Negeri-negeri Selat.
 
Sehingga tahun 1867, Negeri-negeri Selat bertanggungjawab kepada pentadbir [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]] di [[Kolkata]]. Bagaimanapun, para pentadbir Negeri-negeri Selat tidak berpuas hati dengan cara Kolkata menangani hal- ehwal mereka dan mereka merungut kepada London. Syarikat itu juga mencuba membatalkan taraf Singapura sebagai [[pelabuhan bebas]] pada tahun 1856.
 
Bagaimanapun, Syarikat Hindia Timur Inggeris dibubarkan pada tahun 1858 dan India dijadikan sebuah tanah jajahan. Disebabkan oleh kuasa Kolkata yang semakin merosot serta lobi para pentadbir Negeri-negeri Selat, tanah jajahan tersebut dikuasai secara langsung oleh [[Pejabat Kolonial]] di [[London]] dan diisytiharkan sebagai [[Tanah Jajahan|Tanah Jajahan Diraja]]. Pengisytiharan itu memberikan Negeri-negeri Selat banyak kebebasan dan kuasa di dalam [[Empayar British]].
Sultan-sultan Melayu tidak mengakui perjanjian tersebut. Bagaimanapun, baginda-baginda itu terlalu lemah untuk menentang pengaruh British. Selepas Perjanjian Bangkok, [[George Maxwell]] dihantar oleh pihak British ke Kedah sebagai penasihat sultan. Pihak British mengambil alih perancangan dan pelaksanaan ekonomi secara berkesan. Landasan kereta api dibina untuk mengaitkan Kedah dengan Siam pada tahun 1912, sedangkan reformasi tanah diperkenalkan pada tahun 1914. Hanya pada tahun 1923 bahawa sultan Kedah, [[Sultan Abdul Hamid Halim Syah]], menerima seorang penasihat British.
 
Perlis mengalami keadaan yang serupa. Rajanya tidak mengakui perjanjian 1909 tetapi pihak British merupakan pentadbir ''de facto'' negeri itu. Hanya pada tahun 1930 bahawa rajanya, [[Raja Syed Alwi]], mengakui kehadiran British di Perlis dengan penerimaan [[Meadows Frost]] sebagai Penasihat British pertama di Perlis.
 
===Perjanjian Pangkor and Perak===
{{main|Perjanjian Pangkor}}
 
Perak adalahialah sebuah negeri di pantai barat Semenanjung Melayu dan pada abad ke-18 dan ke-19, negeri itu dijumpai kaya dengan [[timah]]. Sebenarnya, Perak mempunyai mendapan aluvium timah yang terkaya di dunia. Pada waktu yang sama, [[Eropah]] sedang mengalami sebuah [[revolusi perindustrian]] dan ini menyebabkan permintaan timah yang besar. Pihak British serta juga Belanda sedang aktif di negeri-negeri itu, dengan setiap mereka mencuba memonopoli pengeluaran timah serta komoditi-komoditi lain yang kurang penting. Bagaimanapun, suasana politik di Perak sentiasa bergolak hebat dan ini mengakibatkan kenaikan kos pelombongan timah. Umpamanya pada tahun 1818, Siam memerintah Kedah untuk menyerang Perak. Kekurangan keselamatan di Perak memaksa pihak British untuk melindungi Perak pada tahun 1826.
 
Semasa Perak meningkatkan operasi pelombongan secara berterusan, negeri itu mengalami kekurangan buruh. Untuk mengatasi masalah ini, [[Long Jaafar]], seorang pentadbir Melayu, menjemput orang-orang Cina dari Pulau Pinang untuk bekerja di Perak, khususnya di [[Larut]]. Menjelang dekad [[1840-an]], jumlah penduduk Cina di Perak meledak. Pendatang-pendatang baru sering merupakan ahli kongsi gelap Cina. Dua kongsi gelap terbesar ialah [[Kongsi Ghee Hin|Ghee Hin]] dan [[Hai San]]. Kedua-dua kumpulan ini selalu mencuba menambah pengaruh mereka di Perak dan ini sering mengakibatkan pertempuran kecil. Pertempuran-pertempuran kecil itu mencapai tahap yang tidak dapat dikawali, dengan Menteri Besar [[Ngah Ibrahim]] juga tidak dapat menguatkuasakan kedaulatan undang-undang dengan berkesan.
[[Imej:SultanAbdullahPerak.jpg|thumb|left|200px|Raja Abdullah, kemudiannya Sultan Perak.]]
 
Pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa di istana Perak. Sultan Ali mangkat pada tahun 1871. Pewarisnya adalahialah [[raja muda]]nya, [[Raja Abdullah]]. Walaupun demikian, beliau tidak menghadiri pengebumian ayahnya. Amat serupa dengan kes Tengku Hussein dari Johor, Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan yang baru oleh menteri-menteri Perak. Sebaliknya, pewaris yang kedua selepas Raja Muda, iaitu [[Raja Bendahara]] Raja Ismail, menjadi sultan Perak.
 
Raja Abdullah amat marah dan enggan menerima hakikat ini. Beliau mencuba mendapatkan sokongan politik daripada berbagai-bagai sumber, termasuk ketua-ketua tempatan Perak serta banyak kakitangan British yang pernah berurus niaga dengannya sebelum itu. Kongsi-kongsi gelap dipergunakan untuk menjadi proksinya dalam perebutan kuasa tersebut. Antara individu-individu British tersebut ialah [[W.H.M. Read]], seorang pedagang British. Tambahan pula, Raja Abdullah berjanji akan menerima seorang penasihat British jika pihak British mengakuinya sebagai sultan Perak yang sah.
3,254

suntingan