CEO (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mrpresidentfaris (bincang | sumb.)
→‎Sinopsis: Menambah sinopsis
Mrpresidentfaris (bincang | sumb.)
Baris 35:
CEO mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan ‘dunia’. Adam ([[Remy Ishak]]) adalah seorang [[CEO]] dalam sebuah empayar korporat yang berjaya (ALAM Group). Sufian ([[Beto Kusyairy]]) seorang penghantar pizza lepasan [[Universiti Teknologi MARA|UiTM]] yang cita-cita jangka panjangnya adalah mahu bermain pool selepas waktu bekerja.Sufian sering diperlekehkan Puan Suraya (Tania Zainal), majikan restoran pizza. Firdaus (Mustaqim Mohamed Zaki), anak saudara kepada Tan Sri([[Jalaluddin Hassan|Dato' Jalaluddin Hassan]])(Anas Redzuan) pula merupakan pesaing ketat Adam.
 
Ketika Adam bertemujanji dengan kekasihnya,Adam bertemu dengan Aloy (Anas Ridzuan)<ref>http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140605/hi_03/CEO-cerita-korporat-Melayu</ref><ref>http://www2.hmetro.com.my/articles/MesejkehidupandalamCEO/Article?hm</ref>yang cuba menjual kasut kepadanya. Adam menghalau FirdausAloy dan beg tangan kekasihnya telah diragut. Adam mengejar peragut tersebut sebelum peragut itu bertembung dengan Sufian. Peragut itu berjaya mloloskan diri dan beg tangan tersebut jatuh ke tangan Sufian. Niat baik Sufian untuk memulangkan semula beg tangan tersebut telah menyebabkan dirinya dituduh sebagai peragut oleh Adam. Sufian terpaksa bermalam di lokap.
 
Keesokkannya, Adam telah dituduh sebagai dalang kes kehilangan aset syarikat oleh peguam syarikat, Zara ([[Deanna Yusof]])<ref>http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm</ref>. Hartanya dibekukan dan jawatannya dilucutkan manakala Zara telah membayar ikat jamin Sufian. Sufian dikejutkan dengan hakikat bahawa dirinnya merupakan pewaris kepada seorang pak cik yang menguasai syarikat ALAM Group. Nina ([[Cristina Suzanne Stockstill|Cristina Suzanne]]), bekas setiausaha Adam ditugaskan untuk membantu Sufian menyesuaikan diri sebagai CEO, menggantikan Adam. Adam, yang masih terpingga-pingga akan nasib malang menimpa dirinya, telah meminta bantuan Aloy menyelesaikan misteri ini. Sufian pula, yang menerima durian runtuh, menikmati kesemua kemewahan bekas milik Adam bersama-sama rakan-rakannya, Husin (Fasyali Fadzly), Reza (Naque Ariffin) dan Syai (Kirin Muhammad).