Daerah Jasin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kemas
kembangkan
Baris 35:
 
Daerah ini terbahagi kepada 20 mukim iaitu:
 
==Sejarah ==
 
===Sejarah Awal Pembukaan Bandar Jasin===
Sejarah awal pembukaan bandar Jasin bermula pada tahun [[1918]] iaitu di kawasan [[Kesang Pajak]] yang mengikut aliran sungai. Bagaimanapun, tragedi kebakaran telah mengubah kedudukannya sebagai sebuah pekan kecil. Seorang pendatang berketurunan [[Bugis]], Mat Yasin membangunkan semula kawasan itu pada tahun [[1928]]. Usaha beliau telah mendapat kerjasama pihak [[Inggeris]] dan kawasan itu dipanggil Jasin (mengikut sebutan orang Inggeris) bersempena dengan nama Yasin. Sejak itu bandar Jasin mula berkembang.
 
Dengan berkuatkuasanya Undang-undang Malaysia Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan Penguasa-penguasa Tempatan yang lain di negara ini, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (''Jasin Rural District Council'') yang ditubuhkan pada tahun 1959 telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin iaitu pada 1 Julai 1978.
 
===Jasin Ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka===
Tidak terdapat banyak dokumen mengenai daerah Jasin dalam zaman [[Kesultanan Melayu Melaka]]. Tidak juga terdapat peta-peta lama untuk dijadikan panduan dalam mengenalpasti penempatan-penempatan di zaman tersebut. Sehingga kini kita tidak lagi mengetahui kampung-kampung mana yang terdapat di daerah ini kecuali Hulu Duyung.
 
Salah satu dokumen yang wujud menceritakan mengenai Jasin ialah [[Hikayat Hang Tuah]]. Di dalam hikayat tersebut ada menceritakan bahawa [[Hang Tuah]] telah difitnah oleh orang lalu beliau dikenakan hukuman bunuh. Bendahara [[Tun Perak]] telah ditugaskan untuk menjalankan hukuman tersebut. Bendahara Tun Perak telah mengetahui dari awal bahawa Hang Tuah tidak bersalah dan hukuman itu tidak dilaksanakan sebaliknya Bendahara menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka (Hulu Duyung). Di sinilah beliau tinggal bersama-sama dengan seorang pendita (petapa) sehingga beliau dibawa balik ke [[Melaka]] untuk menentang [[Hang Jebat]]. Hulu Duyung yang dimaksudkan itu terletak di Jasin iaitu di sekitar Gapam, [[Bemban]]. Kemungkinan terdapat sebuah perkampungan kecil di situ yang wujud suatu waktu dahulu.
 
Oleh kerana hanya [[Hulu Melaka]] sahaja yang terdapat di dalam dokumen lama, dapat dibuat kesimpulan bahawa kampung ini merupakan sebuah kampung yang tertua yang pernah wujud di daerah ini.
 
Satu peristiwa bersejarah yang terdapat di dalam [[Sejarah Melayu]] dan juga hikayat Hang Tuah ialah peristiwa peminangan [[Puteri Gunung Ledang]]. Peristiwa peminangan tersebut diketuai oleh [[Tun Mamat]]. Tun Mamat berjaya sampai ke puncak gunung dan bertemu dengan puteri tersebut.
 
Mengikut tradisi lisan, rombongan meminang Puteri Gunung Ledang itu merentasi [[hutan]] dengan melalui Jasin. Semasa dalam perjalanan, Tun Mamat dan rombongannya singgah berehat di Jasin dan tempat singgahannya iaitu di [[Rim]]. Sepanjang perjalanan mereka itu, tidak dinyatakan bahawa mereka bertembung dengan mana-mana perkampungan orang. Oleh itu dapat diyakinkan bahawa kawasan Jasin pada suatu masa dahulu dipenuhi dengan hutan belantara.
 
Semasa singgah di Rim, Tun Mamat dikatakan telah menggali sebuah telaga dan telaga tersebut digelar Telaga Tun Mamat. Telaga tersebut terletak di kawasan Rim, Jasin. Malangnya, telaga itu telah ditimbus untuk melaksanakan projek Padang Bola Rim.
 
Satu lagi peristiwa bersejarah di zaman Kesultanan Melayu Melaka yang terdapat di Jasin ialah kemangkatan [[Tun Teja]] di Merlimau. Ketika Melaka diserang dengan hebatnya oleh [[Portugis]], [[Sultan Mahmud Shah]] dengan diiringi pengikut-pengikut setianya telah mengundurkan diri ke [[Bentayan]] ([[Muar]]). Pada waktu itu, [[Tun Teja]] sedang gering dan terpaksa ditandu sepanjang jalan. Akhirnya beliau meninggal dunia dan dikebumikan di Merlimau. Pada waktu itu [[Merlimau]] belum lagi didiami orang. Begitu juga sepanjang jalan pengundurannya itu, tidak terdapat sebarang perkampungan kerana tidak tercatat di dalam dokumen tersebut.
 
Daripada peristiwa-peristiwa yang diceritakan di atas, tidak wujud sebarang bukti yang menunujukkan terdapatnya perkampungan orang tempatan di daerah Jasin kecuali di sekitar Gapam, semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat suku-suku orang darat yang mendiami hutan belantara Jasin tersebut. Mungkin juga terdapat beberapa kelompok menusia yang mendiami tebing-tebing sungai di daerah ini.
 
===Penubuhan Jabatan Kerajaan di Jasin===
Bagi melicinkan lagi perlaksanaan undang-undang tanah di Daerah Jasin, Pejabat Daerah Jasin diwujudkan pada tahun [[1887]]. Pejabat Daerah Alor Gajah pula ditubuhkan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1889.
 
Yang mengetuai pentadbiran di peringkat daerah ialah Pegawai Daerah atau ''District Officer''. Tugas beliau selain daripada mengetuai pentadbiran peringkat daerah juga merupakan:
*Hakim (Majistret)
*Coroner
*Pegawai Tanah
*Pengurus Am
 
Dengan perkataan lain, Pegawai Daerah merupakan orang yang paling berkuasa di daerah tersebut. Dia berkuasa menjatuhkan hukuman seolah-olah dia pembesar daerah tersebut. Pada tahun 1886, telah diwujudkan satu jawatankuasa iaitu ''Assistant Superintendent of Forest''. Pada tahun yang sama, sistem polis telah dipergiatkan. [[Hospital Jasin]] dan [[Hospital Alor Gajah]] pula ditubuhkan pada tahun [[1899]].
 
Pada tahun 1914, buat pertama kalinya surat dari [[Melaka]] telah dihantar ke Jasin dengan menggunakan [[kereta]] dan pada tahun tersebut, terdapat kira-kira 50 sehingga 60 buah kereta terdapat di atas jalanraya negeri Melaka.<ref>[http://www.members.tripod.com/mdjasin/sejarah.html Sejarah Jasin]</ref>
 
== Demografi ==