Asid amino: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
 
[[Image:AminoAcidball.svg|thumbnail|200px|Struktur generik asid amino alpha dalam bentuk terion]]
'''Asid amino''' merupakan [[sebatian organik]] [[biologi]] yang terdiri mempunyai [[kumpulan berfungsi]] [[amina]] (-NH2) dan [[asid karboksilik]] (-COOH), dengan rantai sisi yang khusus untuk setiap asid amino. Unsur-unsur utama asid amino ialah [[karbon]], [[hidrogen]], [[oksigen]], dan [[nitrogen]], walaupun unsur lain wujud dalam rantai sisinya. Terdapat lebih daripada 500 jenis amino asid yang telah dikenal pasti<ref>{{cite journal |title= New Naturally Occurring Amino Acids |first1= Ingrid |last1= Wagner |first2= Hans |last2= Musso |doi= 10.1002/anie.198308161 |journal= Angew. Chem. Int. Ed. Engl. |volume= 22 |issue= 22 |pages= 816–828 |date=November 1983 }}</ref> yang boleh diklasifikasikan dalam pelbagai cara. Asid amino boleh dikategorikan mengikut teras kumpulan berfungsinya, sebagai contoh, asid amino alfa-(α), beta-(β), gamma-(γ) atau delta-(δ); kategori lain adalah berdasarkan [[kekutuban]], [[PH|tahap pH]] atau kumpulan rantai sisinya (alifatik, acyclic, aromatik yang mengandungi hidroksil atau [[sulfur]] dan lain-lain). Dalam bentuk [[protein]], asid amino merupakan komponen yang kedua terbesar (air merupakan yang terbesar) dalam struktur [[otot]] manusia, [[Sel (biologi)|sel]] dan [[Tisu biologi|tisu]].<ref>[http://www.fao.org/docrep/W0073E/w0073e04.htm#P1625_217364 Human nutrition in the developing world] – United Nations Food and Agriculture Organization, ch.8</ref> Selain protein, asid amino penting dalam proses pengangkutan [[neurotransmitter]] dan [[biosintesis]].
Baris 5 ⟶ 4:
==Sejarah==
Asid amino mula dikenal pasti sejak awal abad ke-19. Pada 1806, ahli kimia Perancis Louis-Nicolas Vauquelin dan Pierre Jean Robiquet berjaya mengasingkan sebatian dalam [[asparagus]] yang kemudiannya dinamakan [[asparagine]], yang merupakan asid amino yang pertama yang dikenal pasti.<ref>{{Cite journal|title=The discovery of a new plant principle in Asparagus sativus |author=Vauquelin LN, Robiquet PJ |journal=Annales de Chimie |year=1806 |volume=57 |pages=88–93}}</ref><ref name=Anfinsen>{{Cite book|title=Advances in Protein Chemistry |author=Anfinsen CB, Edsall JT, Richards FM |year=1972 |pages=99, 103 |publisher=Academic Press |location=New York |isbn=978-0-12-034226-6}}</ref>
 
==Struktur umum==
[[File:Lysine fisher structure and 3d ball.svg|thumb|260px|right|Lisina dengan zarah karbon pada bahagian sisi berlable]]
Berdasarkan struktur generik asid amino, '''R''' merujuk kepada [[kumpulan berfungsi]] khusus untuk setiap asid amino. Zarah [[karbon]] bersebelahan dengan [[Asid karboksilik|kumpulan karboksil]] dikenali sebagai karbon-α dan asid amino dengan bahagian sisi terikat dengan karbon ini dirujuk sebagai ''asid amino alpha''. Asid amino jenis ini merupakan bentuk yang paling umum dalan alam semula jadi. Dalam asid amino alpha, karbon-α merupakan zarah [[Kiral (Kimia)|kiral]], kecuali untuk glisina.<ref name="Creighton">{{Cite book|last=Creighton |first=Thomas H. |title=Proteins: structures and molecular properties |publisher=W. H. Freeman |location=San Francisco |year=1993 |chapter=Chapter 1 |isbn=978-0-7167-7030-5 |pages=}}</ref> Manakala untuk asid amino yang mempunyai zarah karbon terikat dengan karbon-α (seperti [[lisina]], rajah di sebelah kanan) zarah karbon dilabel dalam urutan α, β, γ, δ dan seterusnya.<ref>{{cite web| url = http://www.chem.qmul.ac.uk/iupac/AminoAcid/AA1n2.html | title = Nomenclature and Symbolism for Amino Acids and Peptides | publisher = IUPAC-IUB Joint Commission on Biochemical Nomenclature | year = 1983 | accessdate = 17 November 2008| archiveurl= http://web.archive.org/web/20081009023202/http://www.chem.qmul.ac.uk/iupac/AminoAcid/AA1n2.html| archivedate= 9 October 2008 | deadurl= no}}</ref> Dalam sesetengah asid amino, kumpulan amina terikat dengan karbon-β atau γ, yang dikenali sebagai ''asid amino beta'' atau ''gamma''.
 
 
==Rujukan==