Perbezaan antara semakan "Perbincangan pengguna:Che090572"

 
Anda dijemput menyertai [[MediaWiki talk:Recentchangestext|perbincangan]] tentang pesanan sistem itu. Terima kasih dan Selamat Berpuasa. --[[Pengguna:EdmundEzekielMahmudIsa|Edmund The King of The Woods!]] 09:14, 15 September 2007 (UTC)
 
== Weii...lu dah balik ke!! ==
 
Hai Che Det, banyak air telah mengalir di bawah Tambak Johor serta jambatan-jambatan dan titi-titi yang lain. Dengan sekelip mata, dah tiga bulan sejak saya memulakan [http://e-komputer.info/wiki/Halaman_Utama laman web] saya. Saya kini memiliki tiga laman web, dua dalam bahasa Inggeris (perisian MediaWiki dan TikiWiki) dan satu dalam bahasa Melayu (MediaWiki).
 
Memulakan satu laman web bukannya semudah seperti yang saya jangka. Terdapat banyak masalah teknik yang hanya dapat saya selesaikan dua hari dahulu selepas tiga bulan menggaru kepala. (Masalahnya adalah tentang perluasan perisian dan bukannya perisian asas.) Namun dengan itu, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis rencana, baik untuk laman web saya mahupun untuk Wikipedia.
 
Walaupun demikian, jika anda hendak mengelokkan apa-apa gambar, berilah pesanan kepada saya di [[Perbualan Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana]] atau [http://e-komputer.info/wiki/Perbincangan_Pengguna:Ekompute Perbualan Pengguna:Ekompute,] bukannya [[Perbualan Pengguna:PM Poon]]. (Tadi, saya masuk ke [[Perbualan Pengguna:PM Poon]] untuk mencari ejaan tepat bagi Ainon Muhammad. Kalau tidak, saya pun tidak perasan bahawa anda telah mengirimkan pesanan kepada saya. Saya kini langsung tak masuk ke [[Perbualan Pengguna:PM Poon]] lagi.) Saya memang ada masa untuk gambar, hehehe. Kalau tidak ada masa pun, saya akan memperuntukkan masa untuknya. Ketagih pulak kepada Photoshop!
 
Keupayaan saya untuk mengelokkan gambar telah dipertingkatkan, berbanding dengan masa dahulu. Maka bibir baru tidak sebegitu merah seumpama gambar Rafidah Aziz lagi, hehehe. Lagipun, saya kini sedar bahawa skrin saya telah digelapkan kerana saya menghabiskan banyak masa di hadapan komputer. Dengan itu, semua gambar yang diperbaiki tidak boleh diterangi seperti dahulu. Dulu banyak yang dirosakkan tetapi kelihatan elok pada skrin saya. (Kini saya menggunakan skrin LCD.)
 
Tentang mengapa saya mengubah "minyak sintetik" menjadi "minyak tiruan", saya rasa itu memang kesilapan saya. Ketika saya merujuk kepada Kamus Karyanet, tiadanya kata masukan untuk "synthetic oil" tetapi adanya untuk:
* synthetic rubber: getah tiruan
* synthetic resin: damar tiruan
* synthetic resin varnish: varnis damar tiruan.
 
Selain itu, [http://72.14.253.104/search?q=cache:ETmWc3hW2XcJ:www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DN-03-12-1987.pdf+%22minyak+tiruan%22&hl=en&ct=clnk&cd=9&gl=my Parlimen Malaysia] dan beberapa portal utama menggunakan istilah "minyak tiruan". Namun atas kepentingan untuk mengekalkan bahasa asli Melayu, saya menggunakan "minyak tiruan". Akan tetapi selepas anda menanyakan saya soalan tersebut, saya membuat carian Google dan mendapati 117 hasil bagi "minyak tiruan" dan 726 hasil bagi "minyak sintetik". Dengan itu, saya kini pun menggaru kepala, hehehe.
 
Sebenarnya, bahasa Melayu masih dalam pergolakan. Banyaknya pertanyaan saya kepada Dewan Bahasa tidak dapat dijawab. Bagaimanapun, mereka telah menetapkan bahawa homepage ialah laman utama dan bukannya homepej atau halaman utama (bagi saya, saya menggunakan halaman utama untuk Main Page).
 
Tentang jemputan anda ke KL. Kalau saya ke sana, saya mesti cari anda. Sebenarnya, saya merancang ke KL untuk menyertai kursus terjemahan di Institut Terjemahan Negara Malaysia pada bulan Ogos tetapi tidak jadi kerana saya masih tidak dapat melihat sebarang manfaat kewangan bagi saya daripada menyertai kursus tersebut. Mungkin bagi orang lain.... — [[Pengguna:PM Poon|PM Poon]] 12:23, 16 September 2007 (UTC)
28,020

suntingan