Perbezaan antara semakan "Perbincangan pengguna:Che090572"

Hai Che Det, banyak air telah mengalir di bawah Tambak Johor serta jambatan-jambatan dan titi-titi yang lain. Dengan sekelip mata, dah tiga bulan sejak saya memulakan [http://e-komputer.info/wiki/Halaman_Utama laman web] saya. Saya kini memiliki tiga laman web, dua dalam bahasa Inggeris (perisian MediaWiki dan TikiWiki) dan satu dalam bahasa Melayu (MediaWiki).
 
Memulakan satu laman web bukannya semudah seperti yang saya jangka. Terdapat banyak masalah teknik yang hanya dapat saya selesaikan dua hari dahulu selepas tiga bulan menggaru kepala. (Masalahnya adalah tentang perluasan perisian dan bukannya perisian asas.) Namun dengan itu, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis rencana, baik untuk laman-laman web saya mahupun untuk Wikipedia.
 
Walaupun demikian, jika anda hendak mengelokkan apa-apa gambar, berilah pesanan kepada saya di [[Perbualan Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana]] atau [http://e-komputer.info/wiki/Perbincangan_Pengguna:Ekompute Perbualan Pengguna:Ekompute,] bukannya [[Perbualan Pengguna:PM Poon]]. (Tadi, saya masuk ke [[Perbualan Pengguna:PM Poon]] untuk mencari ejaan tepat bagitentang Ainon Muhammad. Kalau tidak, saya pun tidak perasan bahawa anda telah mengirimkan pesanan kepada saya. Saya kini langsung tak masuk ke [[Perbualan Pengguna:PM Poon]] lagi.) Saya memang ada masa untuk gambar, hehehe. Kalau tidak ada masa pun, saya akan memperuntukkan masa untuknya. Ketagih pulak kepada Photoshop!
 
Keupayaan saya untuk mengelokkan gambar telah dipertingkatkan, berbanding dengan masa dahulu. Maka bibir baru tidak sebegitu merah seumpama gambar Rafidah Aziz lagi, hehehe. Lagipun, saya kini sedar bahawa skrin saya telah digelapkan kerana saya menghabiskan banyak masa di hadapan komputer. Dengan itu, semua gambar yang diperbaiki tidak boleh diterangi seperti dahulu. Dulu banyak yang dirosakkan tetapi kelihatan elok pada skrin saya. (Kini saya menggunakan skrin LCD.)
28,020

suntingan