Perang Pasifik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurobot (bincang | sumb.)
k menghapuskan Kategori:Perang (HotCat)
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
}}
{{Campaignbox Pacific War}}
'''Perang Pasifik''' merupakan kemuncak bagi [[Perang Dunia Kedua]] dan bertempat di [[Lautan Pasifik]] dan kawasan-kawasan yang berhampiran. Peperangan ini mencapai kemuncak pada tahun [[1942]] apabila tentera [[Empayar Jepun]] yang menganggotai [[Kuasa Paksi]] [[serangan Pearl Harbor|menyerang Pearl Harbor]] di [[Amerika Syarikat]], justeru mencetuskan serang balas daripada Amerika Syarikat dan negara-negara [[Pihak Berikat]] yang lainnya.
 
'''Perang Pasifik''', juga dikenali dengan nama '''Perang Asia-Pasifik''', ialah medan pertempuran [[Perang Dunia Kedua]] yang berlaku di [[Lautan Pasifik]] dan [[Asia Timur]]. Perang di kawasan ini meliputi kawasan yang luas merangkumi [[Medan pertempuran Lautan Pasifik Perang Dunia Kedua|Lautan dan Kepulauan Pasifik]], [[Medan pertempuran Barat Daya Lautan Pasifik Perang Dunia Kedua|Pasifik Barat Daya]], [[Medan pertempuran Asia Tenggara Perang Dunia Kedua|Asia Tenggara]] dan [[Perang China-Jepun Kedua|di China]] (termasuk [[Perang Soviet-Jepun (1945)|konflik Soviet-Jepun 1945]]).
Perang ini berakhir apabila Amerika Syarikat [[Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki|menggugurkan dua bom atom]] di [[Hiroshima]] dan [[Nagasaki]], [[Jepun]], pada tahun [[1945]].
 
Kebiasaannya, Perang Pasifik dikatakan bermula pada 7/8 Disember 1941, ketika mana [[Empayar Jepun|Jepun]] [[Penjajahan Jepun di Thailand|menakluk Thailand]] dan menyerang kawasan jajahan British iaitu [[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu|Tanah Melayu]], [[Pertempuran Singapura|Singapura]] dan [[Pertempuran Hong Kong|Hong Kong]], serta pengkalan-penglakan tentera Amerika Syarikat di [[Serangan Pearl Harbor|Hawaii]] dan [[Kempen Filipina (1941-42)|Filipina]]. Sesetengah ahli sejarawan mengatakan konflik di Asia boleh dijejak kembali sehingga 7 Julai 1937 dan permulaan [[Perang China-Jepun Kedua]] antara [[Empayar Jepun]] dengan [[Republik China (1912-49)|Republik China]], atau mungkin pada 19 September 1931 ketika bermulanya [[penjajahan Jepun di Manchuria]]. Namun, awal Disember 1941 lebih diterima meluas sebagai tarikh permulaan Perang Pasifik, dan Perang China-Jepun adalah sebahagian daripadanya sebagai satu teater Perang Dunia Kedua yang lebih besar.
 
Dalam Perang Pasifik, [[Kuasa Berikat|kuasa-kuasa Berikat]] bertempur melawan [[Empayar Jepun]]. Jepun dibantu sedikit oleh sekutunya [[Thailand]] dan lebih sedikit oleh sekutu [[kuasa Paksi]]nya, [[Jerman Nazi|Jerman]] dan [[Kerajaan Itali (1861-1946)|Itali]]. Perang di rantau ini sampai ke kemuncaknya dengan [[pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki|pengeboman atom]] [[Hiroshima]] dan [[Nagasaki]], dan [[serangan udara di Jepun|serangan pengeboman udara]] besar yang lain oleh [[Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat]], diikuti oleh [[penjajahan Manchuria oleh Kesatuan Soviet]] pada 8 Ogos 1945, lantas menjurus kepada [[Gyokuon-hōsō|pengumuman hasrat menyerah diri oleh Jepun]] pada 15 Ogos 1945. [[Penyerahan kalah Jepun|Jepun menyerah kalah]] secara formal dan rasmi di atas kapal perang [[USS Missouri (BB-63)|USS ''Missouri'']] di [[Teluk Tokyo]] pada 2 September 1945. Selepas kekalahan Jepun, Maharaja Jepun yang berpandukan [[Shinto]] menuruni takhtanya sebagai pemerintah ketuhanan [[Arahan Shinto]] kerana kuasa Berikat percaya inilah sebab politik utama yang menyebabkan keganasan ketenteraan Jepun dan proses dekonstruksi kerajaan Jepun segera berlaku untuk membina perlembagaan liberal-demokratik kepada penduduk Jepun yang menjadi [[Perlembagaan Jepun]] pada hari ini.
==Rujukan==
{{reflist}}