Setiu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yobbaharim (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Yobbaharim (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 90:
Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada tujuh Daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU) pada 1 Januari 1985.
Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar (1,359.90 km²). Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar) Mukim Tasek ( 5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar) Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825.00 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar).<ref>{{cite web |title=Maklumat Daerah |url=http://pdsetiu.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=20&aid=3476 |publisher=Pejabat Daerah Setiu |accessdate=11 April 2012}}</ref>
 
== Geografi ==
[[File:TG-District-Setiu.jpg|thumb|Lokasi daerah Setiu dalam negeri Terengganu, Malaysia.]]
Setiu terletak di pantai timur [[semenanjung Malaysia]] dalam negeri [[Terengganu]]. Kedudukan daerah Setiu dalam negeri Terengganu adalah di bahagian utara negeri ini, bersempadan dengan daerah [[Besut]] di utara, [[Hulu Terengganu]] di sebelah barat dan selatan, manakala sempadan di sebelah tenggara adalah daerah baru di Terengganu iaitu [[Kuala Nerus]] yang sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah [[Kuala Terengganu]]. Namun begitu, Setiu masih lagi bersempadan dengan kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT), [[Majlis Bandaraya Kuala Terengganu]] kerana daerah Kuala Nerus masih dibawah pentadbiran (PBT) yang sama dengan daerah [[Kuala Terengganu]].
 
Bahagian timur daerah ini adalah [[Laut China Selatan]] dengan kawasan persisiran pantai yang landai, hutan pantai dipenuhi dengan pohon rhu, nipah dan hutan paya bakau. Terdapat juga beberapa buah pulau iaitu [[Pulau Bidong]], [[Pulau Gemia]], dan [[Pulau Lang Tengah]]. Kedudukan [[Pulau Redang]] secara geografinya adalah berada paling hampir dengan daerah Setiu tetapi telah dijadikan sebahagian daripada mukim dalam daerah [[Kuala Terengganu]]. Terdapat kawasan dataran tanah pamah dan gambut yang luas di sebelah timur daerah ini, kebanyakannya telah di tebus guna untuk aktiviti pertanian komersial.
 
Laguna Setiu (Setiu Wetlands) atau Tanah Bencah Setiu, sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu dan juga sistem yang lebih besar gabungan lembangan tanah lembap kompleks Setiu-Chalok-Bari-Merang terletak di timur daerah Setiu. Berkeluasan 23,000 hektar, ia terdiri daripada lapisan hutan riparian tebing sungai, paya gambut, paya bakau, lagun air payau dengan tumbuhan dan pulau-pulau pasir, katil rumput laut dan pantai berpasir.
 
Di Malaysia, hanya tanah lembap di daerah Setiu mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau.
 
Kawasan berbukit bukau dan bercerun mendominasi sebahagian besar daerah Setiu di bahagian barat. Disini terdapatnya kawasan hutan hujan tropika yang masih dijaga dengan baik, menjadi kawasan tadahan hujan dan hulu sungai kepada beberapa batang sungai.
 
== Ekonomi ==
Pertanian adalah industri utama di daerah Setiu yang mempunyai dataran tanah pamah dan gambut yang luas untuk diusahakan. Tanah jenis [[Aluvium]] ini sangat sesuai untuk aktiviti pertanian dan perladangan. Diantara tanaman komersial yang diusahakan di Setiu adalah [[tembakau]], [[tembikai]], [[kelapa]], [[Buah Naga]], [[roselle]], [[vanila]], [[gajus]], [[nenas]], [[Pokok Jarak]] dan pelbagai jenis [[sayur]], kebanyakan tanaman jenis ini diusahakan di sebelah timur daerah ini kerana kesesuaian tanah di kawasan itu. Setiu juga mendapat jolokan sebagai periuk nasi negeri Terengganu bersama sama dengan daerah Besut kerana terdapatnya jelapang [[Padi]] yang diusahakan secara meluas di sini, penanaman padi boleh dijumpai di [[Kampung Bukit Layat]], [[Kampung Jelapang]], [[Kampung Banggol]], [[Kampung Tasek]] dan [[Kampung Bukit Kemudu]]. Terusan dibina bagi mengairi sawah padi.
 
Bagi menjamin keselamatan makanan negara, Projek Agropolitan Besut-Setiu di Langkap, Setiu yang dibangunkan oleh [[Wilayah Ekonomi Pantai Timur]] (ECER) telah dilancarkan, projek membabitkan penternakan [[Biri-biri]] jenis Dorper secara komersial dan sistematik. Projek Agropolitan Besut-Setiu dilaksanakan atas tanah seluas 236 hektar merangkumi penempatan peserta, kemudahan asas, kawasan penanaman rumput Napier, kawasan padang ragut dan kandang bagi 4,680 ekor ternakan (setakat September 2013).
 
Perladangan [[kelapa sawit]] dan [[getah]] adalah [[komoditi]] utama yang diusahakan di Setiu. Kebanyakan ladang ini adalah diusahakan dan dibangunkan oleh pihak seperti [[Felda]], [[RISDA]], dan [[TDM]] iaitu syarikat perladangan milik kerajaan negeri Terengganu. Bagi menampung kapasiti pengeluaran hasil ladang di sini, kilang kelapa sawit telah dibina di [[Sungai Tong]] dan [[Felda Chalok]], terdapat juga sebuah kilang pemprosesan getah asli di [[Felda Chalok Barat]].
 
== Pelancongan ==