Negaraku: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Infobox lagu kebangsaan
| Tajuk = Negaraku <br/> نڬاراكونݢاراکو
| Imej = Coat of arms of Malaysia.svg
| Kapsyen = Lambang negara Malaysia
Baris 13:
| Tajuk bunyi = Negaraku (Instrumental)
}}
"'''Negaraku'''" ([[Jawi]]: نڬاراکونݢاراکو) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di [[Seychelles|Kepulauan Seychelles]], telah dibawa pulang oleh [[Sultan Abdullah Muhammad Shah II|Sultan Abdullah]] setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh [[Residen British]], [[JWW Birch]]. Lagu ciptaan penggubah [[Perancis]], [[Pierre Jean de Beranger]] (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "[[Allah Lanjutkan Usia Sultan]]" seterusnya dijadikan lagu rasmi [[Perak|Negeri Perak Darul Ridzuan]].
 
Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan [[Malaysia|Persekutuan Tanah Melayu]] oleh jemaah hakim yang diketuai oleh [[YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]] pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, [[Kuala Lumpur]].
Baris 27:
Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.
 
== Sejarah ==
 
Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.
Baris 39:
Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di [[Singapura]]. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.
 
== Lirik ==
 
{| cellspacing=5 style="margin: auto"
![[Tulisan Rumi|Rumi]]
Baris 66 ⟶ 65:
|width=350 style="border:1px solid #CEDFF2; background-color: #F5FAFF; padding:5px; font-weight: bold"|
<big><div align="right">
:<font size=+1>'''نڬاراكونݢاراکو''' <font size=+1> <b>
 
:تانه تومڤهڽ دارهكو دارهکو
:رعيت هيدوڤ
:برساتو دان ماجو
 
:رحمة بهاڬيا بهاݢيا
:توهن كورنياكن کورنياکن
:راج كيت کيت
:سلامت برتختا
 
:رحمة بهاڬيا بهاݢيا
:توهن كورنياكن کورنياکن
:راج كيت کيت
:سلامت برتختا
</div></big>
|}
Baris 86 ⟶ 85:
Lagu Negaraku dalam rentak baru kurang popular. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sirkus. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku. Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah [[Wah Idris]].
 
== Peraturan ==
Peraturan memainkan lagu "Negaraku" adalah termaktub dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.
 
== Sindiran ==
 
=== Konfrontasi ===
Ketika [[Indonesia]] melancarkan [[Konfrontasi Indonesia-Malaysia|Konfrontasi]] terhadap Malaysia pada tahun [[1963]], [[Sukarno]] selalu menyindir lagu "Negaraku" dengan menyanyikan lagu "Terang Bulan" di majlis-majlis yang beliau hadiri.{{fact}}<!--saya baca dalam blog, kalau ada rujukan lebih dipercayai sila letak (~~~~)-->
 
=== Negarakuku ===
''Untuk bacaan lanjut sila ke: {{utama|Wee Meng Chee}}''
Pada tahun 2007, sebuah video di Youtube telah memaparkan sebuah video parodi lagu ''Negaraku'' yang dijadikan bahan utama bagi sebuah lagu [[rap]] kontroversi bertajuk ''Negarakuku'' oleh seorang pelajar Malaysia [[orang Cina Malaysia|berkaum Cina]] bernama [[Wee Meng Chee]] yang ketika itu belajar di Taiwan.
Baris 101:
Tajuk video Negarakuku mungkin bermaksud "Negaraku-ku", kependekan perkataan -ku merujuk kepada kata ganti nama individu iaitu "Saya" dalam [[bahasa Melayu]]. Secara alternatifnya, ia mungkin juga bermaksud Negara kuku dimana "kuku" berbunyi seperti perkataan "cuckoo", bermaksud "gila" dalam bahasa Inggeris. Maka, Negara kuku mungkin bermaksud negara gila. Dalam bahasa Melayu, kuku merujuk kepada binaan keratin protein dibahagian atas kulit dihujung jari. Oleh itu, mana mungkin Wee memaksudkan Negara kuku atau tepat lagi negara dihujung jari. Kuku dalam [[bahasa Hokkien]] bermaksud [[zakar]].
 
== Lihat juga ==
* [[Menuju Kemerdekaan]]
* [[Malaysia]]
* [[Lambang Malaysia]]
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
* [http://www.angelfire.com/sk/essemkk/images/negaraku.mid Contoh rentak lagu (Midi)]
* [http://pkg_pantai.tripod.com/patriotik/negaraku_inst.mp3 MP3 (Versi 1991-2003)]