Senarai Hokage: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.164.112 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 175.136.160.220
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Hokage''' (火影; ''"Bayang Pawaka"'') adalah gelaran yang diberikan kepada ketua ninja di kampung [[Geografi Naruto|Konoha]]. Secara amnya, mereka adalah ninja terhebat di kampung mereka; walaupun kebiasaannya penerapan ideologi, sumbangan-sumbangan dan penglibatan mereka terhadap Konoha menjadi faktor yang menyumbang kepada pemilihan mereka sebagai Hokage.
 
Setakat ini sudah terdapat limatujuh ninja yang telah dilantik sebagai Hokage di Konoha.
 
Setelah dilantik menjadi Hokage, mereka akan ditempatkan di sebuah bangunan bernama [[Lokasi Naruto|Pejabat Hokage]]; di mana di bahagian belakang bangunan tersebut terdapatnya sebuah [[Lokasi Naruto|Monumen Hokage]] iaitu bongkah gunung yang telah diukir dengan wajah-wajah Hokage. Pada permulaan siri ini, hanya terdapat empat wajah Hokage sahaja. Akan tetapi, sejak permulaan bahagian kedua ke semua wajah Hokage telah siap diukir pada permukaan gunung tersebut.
Baris 119:
 
Walaupun dalam usia 50an, jurus 'Henge no Jutsu, 変化の術' (Teknik Peniruan) yang digunakan oleh Tsunade menyebabkannya kelihatan berumur di sekitar 20 tahun. Transformasi ini agak berbeza dengan transformasi biasa kerana perubahan fizikal pada Tsunade nampaknya kekal dan tidak dibengkalai apabila Tsunade dicederakan dalam pertarungan. Tsunade juga adalah seorang kaki judi yang selalu bernasib buruk. Maka, dia juga digelar 'Lagenda Kaki Judi Teruk' kerana keuntungan bersih yang diraih oleh pemain lawan. Apabila Tsunade benar-benar bernasib baik, dia melihat perkara tersebut sebagai alamat yang tidak baik. Biasanya, perkara yang tidak baik akan berlaku selepas itu. Simbol pada baju di bahagian belakang bermaksud judi (賭) memandangkan Tsunade suka berjudi pada masa lapangnya.
 
==Hokage keenam==
 
{{utama|Kakashi Hatake}}
 
Kakashi Hatake (はたけカカシ, Hatake Kakashi) ialah seorang shinobi dari Kampung Konoha. Dia menerima Sharingan daripada bekas rakam sepasukannya, Obito Uchiha, semasa dia masih muda, menyebabkan dia digelar Ninja Peniru Kakashi (コピー忍者のカカシ, Kopī Ninja no Kakashi) dan Kakashi Sharingan (写輪眼のカカシ, Sharingan no Kakashi). Bakat, kemahiran serta keupayaan Sharingan yang dimilikinya menjadikannya sebagai salah seorang ninja paling berkebolehan di kampungnya, serta sangat dikenali di seluruh pelosok dunia ninja. Dia kemudian dilantik sebagai pemimpin Kumpulan 7, di mana dia menggunakan pengalaman bertahun-tahunnya untuk melatih anak muridnya untuk mebjadi ninja yang berkemahiran secara tersendiri. Tidak lama selepas tamat Perang Shinobi Keempat, Kakashi dilantik sebagai Hokage Keenam (六代目火影, Rokudaime Hokage; harfiah: "Bayang Pawaka Keenam") sebelum akhirnya bersara dan menyerahkan jawatannya kepada anak muridnya, Naruto Uzumaki.
 
 
== Sumber ==