Senarai Hokage: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 124:
{{utama|Kakashi Hatake}}
 
'''Kakashi Hatake''' (はたけカカシ, Hatake Kakashi) ialah seorang shinobi dari Kampung Konoha. Dia menerima Sharingan daripada bekas rakam sepasukannya, Obito Uchiha, semasa dia masih muda, menyebabkan dia digelar Ninja Peniru Kakashi (コピー忍者のカカシ, Kopī Ninja no Kakashi) dan Kakashi Sharingan (写輪眼のカカシ, Sharingan no Kakashi). Bakat, kemahiran serta keupayaan Sharingan yang dimilikinya menjadikannya sebagai salah seorang ninja paling berkebolehan di kampungnya, serta sangat dikenali di seluruh pelosok dunia ninja. Dia kemudian dilantik sebagai pemimpin Kumpulan 7, di mana dia menggunakan pengalaman bertahun-tahunnya untuk melatih anak muridnya untuk mebjadi ninja yang berkemahiran secara tersendiri. Tidak lama selepas tamat Perang Dunia Shinobi Keempat, Kakashi dilantik sebagai Hokage Keenam (六代目火影, Rokudaime Hokage; harfiah: "Bayang Pawaka Keenam") sebelum akhirnya bersara dan menyerahkan jawatannya kepada anak muridnya, [[Naruto Uzumaki]].
 
==Hokage ketujuh==
 
{{utama|Naruto Uzumaki}}
 
'''Naruto Uzumaki''' (うずまきナルト, Uzumaki Naruto) ialah seorang shinobi dari Kampung Konohaga, reinkarnasi terkini bagi Asura Ōtsutsuki, serta merupakan protagonis utama bagi francais Naruto. Dia menjadi jinchūriki ketiga Kurama sejak lahir, suatu takdir yang menyebabkan dia dipulaukan oleh kebanyakan Konoha sepanjang zaman kanak-kanaknya. Setelah menyertai Pasukan Team Kakashi, Naruto berusaha keras untuk memperoleh penghormatan dan pengakuan daripada orang-orang kampung di samping mencapai impiannya untuk menjadi Hokage. Beberapa tahun seterusnya, Naruto menjadi seorang ninja berkebolehan yang disanjung sebagai wira, tidak kira dari kalangan orang kampung mahupun dunia shinobi amnya. Matlamat lain Naruto selain menjadi Hokage adalah menyelamatkan sahabat serta rakan sepasukannya [[Sasuke Uchiha]], yang mengalami Sumpahan Kebencian, serta mencapai keamanan dunia sebagaimana yang diwasiatkan kepadanya oleh guru Sanninnya Jiraiya. Selepas tamat Perang Dunia Shinobi Keempat, Naruto berjaya mencapai kesemua matlamatnya dan seterusnya menjadi Hokage Ketujuh (七代目火影, Nanadaime Hokage; harfiah: "Bayang Pawaka Ketujuh"), di samping mengahwini [[Hinata Hyūga]] dan dikurniakan dua orang anak.
 
== Sumber ==