Geoterma: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Firq (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Firq (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
Pada kebiasaannya, tenaga terma suria ini hanya mempengaruhi [[suhu]] pada kerak bumi sehingga kedalaman 25 m.<ref>Kaltschmitt M.; Wiese A. (1993), ''Erneuerbare Energieträger in Deutschland: Potentiale und Kosten'', Springer Verlag, Berlin, Germany, ISBN 978-3-540-56631-1</ref> Di bawah kedalaman ini, suhu kerak bumi meningkat secara konstan dengan purata 3°C bagi setiap 100 m dalam.<ref name=":0" /> Peningkatan suhu kerak bumi dengan kedalaman ini digelar sebagai [[kecenderungan geoterma]]. Walau bagaimanapun, nilai ini adalah berbeza mengikut tempat. Sebagai contoh, kawasan-kawasan yang terletak berhampiran dengan sempadan [[plat tektonik|plat-plat tektonik]] atau dalam linkungan [[gunung berapi]] mempunyai kecenderungan geoterma yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain.
 
Suhu pada permukaan bumi secara puratanya bersamaan dengan 14°C manakala suhu di dalam teras bumi pula melebihi 5000°C. Oleh kerana perbezaan suhu ini, wujudnya aliran haba dari dalam bumi ke arah permukaannya. Purata [[ketumpatan aliran haba]] di tanah daratan ialah 65 mW/m² manakala di tanah lautan berjumlah 101 mW/m². Purata keseluruhan ketumpatan aliran haba ini setelah dikira berdasarkan kawasan pula adalah bernilai 87 mW/m².<ref name=":0" /> Haba yang berterusan mengalir dari perut bumi ini, kebanyakannya secara [[konduksi haba|konduksi]], dianggarkan bersamaan dengan 42 juta MW dan nilai ini dijangka akan berkekalan untuk beberapa billion tahun lagi.<ref>Geothermal Energy Association, http://geo-energy.org/Basics.aspx, diambil pada 15-12-2014</ref>
 
== Jenis ==
Baris 12:
 
=== Tenaga Geoterma Cetek ===
Tenaga geoterma cetek merujuk kepada penggunaan sumber tenaga haba bawah tanah sehingga kedalaman 400 m dan sehingga suhu 25°C untuk memanaskan dan menyejukkan bangunan kediaman, bangunan industri dan pelbagai infrastruktur yang lain. Di sini, tenaga haba diperoleh daripada batuan yang berhampiran dengan permukaan bumi atau [[air]] yang wujud di bawah tanah.<ref>Bundesverband Geothermie, Einteilung der geothermischen Quellen, http://www.geothermie.de/wissenswelt/geothermie/einstieg-in-die-geothermie/einteilung-der-geothermiequellen.html, diambil pada 15-12-2014</ref>
 
=== Tenaga Geoterma Dalam ===