Falsafah Vedanta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 31:
 
== Vedanta Darsana ==
Vedanta Darsana merupakan mazhab yang paling popular dan berpengaruh. “Vedanta’ bermaksud ‘penghujung atau kesimpulan Veda’. Sumber Vedanta ialah Upanishad, Brahmasutra, dan Bhagavadgita (secara kolektif dikenali sebagai ‘Prasthanatraya’). Terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai Prasthanatraya yang telah melahirkan tiga mazhab utama Vedanta iaitu '''Advaita, Visistadvaita '''dan''' Dvaita'''.<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism</ref>
 
=== Advaita Vedanta ===
Falsafah India yang paling popular ialah Advaita Vedanta. [[Sankara]] (juga dikenali sebagai Adi Sankara dan Sankaracharya) merupakan ahli falsafah dan mistik yang memperkembangkan falsafah ini. Menurut Sankara, Kebenaran (Realiti) hanya satu dan ia dipanggil sebagai Brahman. Brahman ialah Sat-Cit-Ananda (‘Kewujudan-Ilmu-Kebahagiaan Abadi’). Brahman tiada rupa (Nirakara) dan tiada sifat (Nirguna).<ref>Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism</ref>
 
Dunia yang nyata ini sebenarnya tidak wujud atau tidak benar. Kewujudan dunia ini hanya satu ilusi yang disebabkan oleh kejahilan. Ini dijelaskan dengan kiasan tali yang nampak seperti ular. Katakan kamu terlihat sesuatu yang kelihatan seperti ular. Pada mulanya, kamu percaya ia seekor ular. Apabila kamu sedar bahawa ia bukan ular tetapi hanya seutas tali, kamu tidak akan melihat ular lagi. Begitu juga, menurut Sankara, manusia melihat dunia ini sebagai realiti. Selagi dia melihat dunia, dia tidak sedar bahawa sebenarnya ia ialah Brahman. Selagi dunia wujud, kewujudan proses ciptaan, pemeliharaan dan pemusnahan dunia juga perlu diakui. Semua fungsi ini dikatakan dilakukan oleh Isvara atau Tuhan dengan kuasa maya-Nya.<ref>Swami Harshananda, ''A Concise Encyclopaedia of Hinduism''</ref>