Guillermo Ochoa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 53:
====Musim 2011–12====
Pada 4 Julai 2011, Ochoa menandatangani kontrak tiga tahun bersama [[AC Ajaccio|Ajaccio]]. Ochoa bermain bersama Ajaccio dalam dua perlawanan persahabatan menentang [[FC Bordeaux|Bordeaux]] dan [[Real Sociedad]].
 
Beliau membuat penampilan rasmi kelab pada 5 Ogos 2011 menentang [[Toulouse FC|Toulouse]], pasukannya kalah 2–0.<ref>[http://espndeportes.espn.go.com/news/story?id=1351126&s=fra&type=story: "Ochoa debuta en la liga francesa con Ajaccio"] ''ESPNDeportes''. Retrieved 5 August 2011.</ref> Pada 18 dan 21 Disember, Ajaccio menang dua kali berturut-turut dan Ochoa mengekalkan rekod tanpa bolos. Dalam perlawanan terakhir musim, Ajaccio perlu menang untuk mengelakkan penyingkiran ke atas Toulouse. Ochoa bermain 90 minit dan membantu Ajaccio menang 2-0 dan kekal berada di [[Ligue 1]]. Ochoa menghabiskan musim pertamanya bersama Ajaccio dengan 8 rekod tanpa bolos, 43 penyelamatan dan 151 tahanan. Beliau juga menghabiskan musim Ligue 1 dengan melepaskan 59 gol membuatkan beliau bersama penjaga gol [[Alexis Thébaux]], penjaga gol banyak dibolos musim.<ref>{{cite web|url=http://espnfc.com/team/squad/_/id/2503/season/2011/league/fra.1/ac-ajaccio?cc=5901 |title=AC Ajaccio Squad Stats (French Ligue 1) – 2011–12 |publisher=Espnfc.com |date= |accessdate=2014-06-23}}</ref>
 
====Musim 2012–13====
Pada 11 Ogos, Ochoa mula bermain menentang [[OGC Nice|Nice]], menang 1–0 untuk perlawanan pertamanya pada musim ini. Pada 19 Ogos, Ochoa menjadi watak penting Ajaccio yang berjaya terikat seri 0–0 dengan kelab gergasi Perancis, [[Paris Saint-Germain F.C.|Paris Saint-Germain]]. Ochoa menghabiskan musim dengan 12 rekod tanpa bolos.
 
====Musim 2013–14====
Ochoa memulakan perlawanan pertama bersama Ajaccio pada musim baharu pada 11 Ogos 2013 menentang [[AS Saint-Etienne|Saint-Etienne]]. Ajaccio tewas 1–0. Pada 18 Ogos, Ochoa bermain 90 minit apabila menentang Paris Saint-German di mana Ajaccio telah mendahului 1-0, namun jaringan [[Edinson Cavani]] pada minit ke-86 dapat meranapkan harapan Ajaccio untuk mendapat tiga mata penuh dan keputusannya seri 1-1. Pada perlawanan itu, Ochoa telah membuat 12 penyelamatan daripada tendangan PSG.
 
Pada 18 Januari 2014, Ochoa bermain dalam perlawanan ke-100nya di Eropah tetapi Ajaccio tewas 2-0 kepada Nice. Berikutan tewas 2-1 kepada [[SC Bastia|Bastia]] pada 20 April, Ajaccio kemudian tersingkir ke [[Ligue 2]] selepas menghabiskan masa tiga tahun di liga teratas.<ref>{{cite web|title=Berbatov leads Monaco, Ajaccio relegated|url=http://www.fifa.com/world-match-centre/nationalleagues/nationalleague=france-ligue-1-2000000018/news/newsid/232/159/3/index.html|publisher=FIFA.com|accessdate=20 April 2014}}</ref> Ochoa bermain dalam perlawanan terakhirnya bersama kelab pada 17 Mei, 3-1 tewas kepada Saint-Etienne.
 
===Málaga===
Selepas aksinya di [[Piala Dunia FIFA 2014]], Ochoa menandatangani kelab [[La Liga]], [[Málaga CF|Málaga]] pada 1 Ogos 2014. Pada 3 Disember, Ochoa membuat debut untuk Malaga dalam saingan [[Copa del Rey]], seri 1-1 menentang [[Deportivo de La Coruña]].
 
==Kerjaya antarabangsa==
Ketika baru berusia 20 tahun, Guillermo Ochoa telah dipanggil oleh bekas pengurus Mexico, [[Ricardo Lavolpe|Ricardo La Volpe]] untuk [[Piala Dunia FIFA 2006]] sebagai pilihan ketiga penjaga gol. Ochoa kemudian mengambil bahagian dalam [[Piala Emas CONCACAF 2007]] dan [[Copa América 2007]]. Beliau membuat penampilan pertama di [[kelayakan Piala Dunia FIFA 2010]] pada 28 Mac 2009 menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Costa Rica|Costa Rica]]. Ochoa termasuk dalam senarai akhir 23 pemain yang ke [[Piala Dunia FIFA 2010]].
 
[[File:On the day of the keeper Ochoa 03.jpg|thumb|right|Ochoa (jersi biru) ketika perlawanan [[Piala Dunia FIFA 2014|Piala Dunia 2014]] menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil|Brazil]].]]
Pada 9 Mei 2014, Ochoa termasuk dalam 23 pemain Mexico yang beraksi di [[Piala Dunia FIFA 2014]] di [[Brazil]]. Beliau bermain untuk Mexico dalam perlawanan pembukaan menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon|Cameroon]] pada 13 Jun, 1-0 kemenangan berpihak kepada Mexico. Pada 17 Jun, dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang tuan rumah, [[Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil|Brazil]], Ochoa membuat empat penyelamatan termasuk satu tandukan hebat dari [[Neymar]] seperti mengulang sejarah [[Piala Dunia FIFA 1970]] apabila penjaga gol [[Gordon Banks]] berjaya menampan bola dari [[Pelé]], membantu Mexico seri 0–0 dan Ochoa dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan. Aksi beliau banyak dipuju daripada banyak pihak termasuk jurulatih Brazil, [[Luiz Felipe Scolari]]. Ochoa dibolos satu gol dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Croatia|Croatia]], pasukannya menang 3-1 dan layak ke peringkat kalah mati bertemu dengan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Belanda|Belanda]]. Dalam aksi menentang Belanda, Mexico terlebih dahulu selesa 1-0, walau bagaimanapun, sepakan voli oleh [[Wesley Sneijder]] tidak dapat ditampan oleh Ochoa membantu Belanda menyamakan kedudukan 1-1. Namun, selepas kapten pasukan, [[Rafael Márquez]] menjatuhkan [[Arjen Robben]] di dalam kotak penalti, Belanda berjaya mendapatkan gol kemenangan hasil daripada tendangan Klaas Jan-Huntelaar dan Mexico tersingkir. Walaupun Mexico tewas, Ochoa diberi sekali lagi penghargaan pemain terbaik perlawanan buat kali kedua.
 
==Rujukan==
{{Reflist}}
 
{{Skuad Málaga CF}}
{{Navboxes colour
|title=Skuad Mexico
|bg = #016549
|fg = White
|bordercolor =#CE1126
|list1=
{{Skuad Mexico Piala Dunia FIFA 2006}}
{{Skuad Mexico Copa America 2007}}
{{Skuad Mexico Piala Dunia FIFA 2010}}
{{Skuad Mexico Piala Dunia FIFA 2014}}
}}
 
{{Persondata
| NAME =Ochoa, Guillermo
| ALTERNATIVE NAMES =
| SHORT DESCRIPTION =Mexican footballer
| DATE OF BIRTH =July 13, 1985
| PLACE OF BIRTH =[[Guadalajara, Jalisco]], Mexico
| DATE OF DEATH =
| PLACE OF DEATH =
}}
{{DEFAULTSORT:Ochoa, Guillermo}}
[[Category:Kelahiran 1985]]
[[Category:Orang hidup]]
[[Category:Pemain bola sepak Mexico]]
[[Category:Orang Mexico keturunan Sepanyol]]
[[Category:Penjaga gol (bola sepak)]]
[[Category:Pemain Club América]]
[[Category:Pemain AC Ajaccio]]
[[Category:Pemain Málaga CF]]
[[Category:Pemain Piala Dunia FIFA 2006]]
[[Category:Pemain Piala Dunia FIFA 2010]]
[[Category:Pemain Piala Dunia FIFA 2014]]