Penyerahan Hong Kong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 7 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q15251
Vatnið (bincang | sumb.)
Baris 2:
 
==Gambaran keseluruhan==
[[Imej:HkcolonyprocessAcquisition of Hong Kong.jpgsvg|thumb|left|250px|Great Britain mengambil [[Pulau Hong Kong]] pada tahun 1842, [[Semenanjung Kowloon]] pada tahun 1860, dan memajak [[Wilayah Baru]] pada tahun 1898.]]
 
Wilayah Hong Kong diambil daripada tiga perjanjian berlainan: [[Perjanjian Nanking]] pada tahun 1842, [[Perjanjian Beijing]] pada tahun 1860, dan [[Konvensyen bagi Peluasan Wilayah Hong Kong]] pada tahun 1898 yang memberi United Kingdom kawalan ke atas [[Pulau Hong Kong]], [[Kowloon]] (kawasan selatan Boundary Street), dan [[Wilayah Baru]] (kawasan utara Boundary Street dan selatan [[Sungai Shenzhen]], dan pulau-pulau di sekitarnya. Walaupun Pulau Hong Kong dan Kowloon sudah diberikan kepada United Kingdom selama-lamanya, kawalan ke atas Wilayah Baru adalah pajakan selama 99 tahun. Pajakan 99 tahun ini tidak mengganggu pembangunan Hong Kong kerana Wilayah Baru digabungkan sebagai sebahagian daripada Hong Kong. Pada tahun 1997, adalah tidak praktikal memisahkan ketiga-tiga wilayah terbabit dengan hanya mengembalikan Wilayah Baru. Tambahan pula, dengan tanah dan sumber alam yang terhad di Pulau Hong Kong dan Kowloon, Wilayah Baru dibangunkan dengan skala yang besar dan ada pembangunan yang akan siap selepas 30 Jun 1997. Oleh itu, status Wilayah Baru selepas pajakan tamat menjadi penting bagi pembangunan ekonomi Hong Kong.