Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
ini rencana ke-12 paling lapuk, menurut Khas:Laman lapuk yang dah tak update dah.
Baris 1:
[[Fail:Trident missile launch.jpg|thumb|[[Peluru berpandu Trident]] melepasi permukaan air selepas pelancarannya dari kapal selam Tentera Laut AS pada 1984]]
'''Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam''' atau ''submarine launched ballistic missile'' (SLBM) merujuk kepada [[peluru berpandu balistik]] yang boleh dilancarkan [[kapal selam]] dari bawah permukaan [[air]].
'''Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam''' atau ''submarine launched ballistic missile'' (SLBM) merujuk kepada [[peluru berpandu balistik]] yang boleh dilancarkan [[kapal selam]] dari bawah permukaan [[air]]. Jenis-jenis moden biasanya melancarkan [[pesawat masuk kembali bebas sasar berganda]] (MIRV) yang setiap satunya membawa [[kepala peledak]] [[senjata nuklear|nuklear]] dan membolehkan satu peluru berpandu tunggal yang dilancarkan untuk membedil beberapa sasaran. Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam berfungsi secara berbeza daripada [[peluru berpandu krus lancaran kapal selam]].
 
Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam moden berkait rapat dengan [[peluru berpandu balistik antara benua]] (ICBM), dan dalam banyak keadaan SLBM dan ICBM boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan senjata yang sama.
 
==Sejarah==
Rekaan praktikal pertama bagi pelantar pelancaran berdasar kapal selam dibangunkan oleh pihak Jerman ketika [[Perang Dunia Kedua]] hampir tamat. Rekaannya terdiri daripada tiub pelancaran yang mengandungi peluru berpandu balistik dan ditunda di belakang kapal selam. Ia dikenali dengan kod nama ''[[Roket V-2#Pelan-pelan yang tidak tercapai|Prüfstand XII]]''. Perang tersebut berakhir sebelum ia dapat diuji, tetapi jurutera-jurutera yang terlibat dalam rekaan ini kemudiannya [[Operasi Paperclip|bekerja untuk Amerika Syarikat]] dan USSR dalam program SLBM masing-masing. ''Prüfstand XII'' dan sistem-sistem SLBM awal memerlukan kapal yang membawanya untuk ke permukaan bagi melancar peluru berpandu, tetapi lama-kelamaan sistem pelancaran diadaptasi untuk membolehkan pelancaran bawah air pada 1950-an hingga 1960-an. Amerika Syarikat melakukan pelancaran bawah air berjaya pertama dengan [[Peluru berpandu Polaris|Polaris A1]] pada 20 Julai 1960.<ref>[http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/1963/1963%20-%201949.html "Missiles 1963"], ''Flight International'', 7 November 1963: 752</ref> Empat puluh hari kemudian, Kesatuan Soviet melakukan pelancaran bawah air sebuah peluru berpandu balistik kapal selam pertama dengan jayanya di Laut Putih pada 10 September 1960 dari kapal selam [[Project 611]] (Kelas Zulu) terubahsuai yang turut melancarkan R-11FM (SS-N-1 Scud-A, ubahsuai lautan SS-1 [[Peluru berpandu Scud|Scud]]) pada 16 September 1955.<ref>Wade, Mark. [http://www.astronautix.com/lvs/r11.htm "R-11"]. [[Encyclopedia Astronautica]]. Diperoleh 23 April 2011.</ref><ref>Dygalo, V.A. [http://www.nkj.ru/archive/articles/10079/ "Start razreshaju (dalam bahasa Rusia)"]. [[Nauka i Zhizn']]. Diperoleh 23 April 2011.</ref> Namun, Kesatuan Soviet berjaya mengalahkan Amerika Syarikat dalam melancar dan menguji SLBM bersenjata pertama, sebuah [[R-13 (peluru berpandu)|R-13]] yang meletup di Lapangan Ujian [[Novaya Zemlya]] di Lautan Artik; ujian ini dijalankan pada 20 Oktober 1961,<ref>Polmar, Norman; White, Michael (2010). ''Project Azorian: The CIA and the Raising of the K-129''. Naval Institute Press. m/s 21. [[ISBN]] [[Special:BookSources/978-1-59114-690-2|978-1-59114-690-2]].</ref> hanya sepuluh hari sebelum [[Tsar Bomba]] 50 Mt yang besar diletupkan di sekitar kawasan yang sama.
 
[[File:Snle-snle-ng-svg.svg|thumb|[[M45 SLBM]] dan [[M51 SLBM]] milik Perancis]]
[[Kapal selam peluru berpandu balistik]] merupakan kepentingan strategik yang besar bagi AS dan Rusia serta kuasa-kuasa bersenjata nuklear lain sejak mulanya [[Perang Dingin]] kerana ia boleh bersembunyi daripada [[satelit peninjau]] dan melancar senjata-senjata nuklearnya dengan cara yang bebas daripada pengesanan visual. Ini menjadikannya selamat daripada [[serangan pertama]] yang diarahkan ke arah senjara-senjata nuklear, membolehkan setiap pihak mengekalkan kemampuan melancar [[kebinasaan pasti bersama|serangan tindakan balas yang memusnahkan]], meskipun apabila semua peluru berpandu berdasar daratan telah dimusnahkan. Ini melegakan setiap pihak daripada keperluan untuk menggunakan sikap [[lancar mengikut amaran]], dengan risiko perang nuklear secara tidak sengaja. Tambahan lagi, pemasangan peluru berpandu yang teramat tepat pada kapal selam yang teramat senyap membolehkan penyerang untuk menyelinap hampir dengan pantai musuh dan melancarkan peluru berpandu pada trajektori depresi ([[trajektori balistik]] tidak optimum yang mengorbankan [[baling-berat]] bagi laluan lebih pantas dan rendah, lantas mengurangkan masa antara pelancaran dan impak), lantas membuka kemungkinan untuk [[serangan pemutus kawalan]].
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
[[Kategori:Jenis peluru berpandu]]
[[Kategori:Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam]]