Israk dan Mikraj: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Reverted to revision 3216947 by Yosri. (TW)
Baris 2:
Peristiwa '''Isra dan Mi'raj''' [[Nabi Muhammad s.a.w.]] terjadi pada 27 [[Rejab]] tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat [[Islam]]. Tarikh ini bersamaan [[622]] M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum [[Hijrah]] dari [[Makkah]] ke [[Madinah]]. Tahun ini juga dikenali sebagai [[Tahun Dukacita]] kerana bapa saudaranya [[Abu Talib]] dan isterinya [[Khadijah binti Khuwailid]] meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya [[Zaid ibn Harithah]] diusir dan dibaling batu oleh penduduk [[Taif]] sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam [[surah Al-Israa’]] ayat 1 ([[Al-Quran]]:17:1). [[Surah An-Najm]] (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
 
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke [[Makkah]] sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari [[Masjidil Haram]] ke [[Masjid Al-Aqsa]] di [[Baitulmuqaddis]] di [[Israel]] / [[Palestin]] kini. Arah [[kiblat]] umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di [[Tembok Barat]] masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di [[Madinah]], [[Madyan]] dan [[Bukit Thursina]]. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah [[Nabi Adam]], [[Nabi Musa]] dan [[Nabi Isa]]. Baginda ditawarkan minuman [[susu]] atau [[arak]]. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
 
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke [[Sidratul Muntaha]] dan bertemu dengan [[Allah]] di [[Arasy]]. Di [[Baitul Makmur]], Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya [[Nabi Ibrahim]] bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan [[ibu susu]]nya [[Halimahtus Sa'adiah]].