Skala masa geologi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 67 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q43521
Hakimi97 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Geological time spiral.png|thumb|250px|Rajah skala masa geologi]]
 
'''Skala masa geologi''' atau '''skala waktu geologi''' digunakan oleh ahli [[geologi]] dan cendekiawan lain untuk menjelaskan masa dan hubungan antara peristiwa yang terjadi sepanjang [[sejarah Bumi]]. Jadual tempoh geologi yang ditampilkan di halaman ini disesuaikan dengan masa dan tatanama yang diusulkan oleh ''[[International Commission on Stratigraphy]]'' dan menggunakan piawai kod warna dari ''[[United States Geological Survey]]''.
 
Bukti-bukti dari peninggalan [[radiometri]] menunjukkan bahawa [[bumi]] berumur sekitar 4,570 juta tahun. Masa geologi bumi disusun menjadi beberapa unit menurut peristiwa yang terjadi pada tiap tempoh. Setiap zaman pada skala masa biasanya ditanda dengan peristiwa besar geologi atau [[paleontologi]], seperti kemusnahan. Sebagai contoh, batas antara [[zaman Kapur]] dan [[Paleogen]] ditakrifkan dengan peristiwa kehancuran [[dinosaur]] dan pelbagai spesis laut. Tempoh yang lebih tua, yang tidak memiliki peninggalan fosil yang dapat dianggarkan perkiraan usianya, ditakrifkan dengan usia mutlak.