20
suntingan
Zayn al aziz (bincang | sumb.) |
Tiada ringkasan suntingan |

{{Infobox officeholder

|honorific-suffix =  GCMG, CH
|image = Lee Kuan Yew.jpg
|order = [[Menteri Pembimbing|Menteri Pembimbing Singapura]]
|term_start = 12 Ogos 2004
|term_end = 21 Mei 2011
|primeminister = [[Lee Hsien Loong]]
|deputy =
|predecessor = ''Jawatan baharu''
|successor = ''Jawatan dimansuhkan''
|order2 = [[Menteri Kanan|Menteri Kanan Singapura]]
|term_start2 = 28 November 1990
|term_end2 = 12 Ogos 2004
|primeminister2 = [[Goh Chok Tong]]
|deputy2 =
|predecessor2 = [[S. Rajaratnam]]
|successor2 = [[Goh Chok Tong]]
|order3 = [[Perdana Menteri Singapura]]
Pilihanraya: [[Singaporean general election, 1959|1959]]- [[Singaporean general election, 1988|1988]]
|term_start3 = 3 Jun 1959
|term_end3 = 28 November 1990
|president3 = [[Darjah kebesaran Melayu|Tun]] [[Yusof bin Ishak]]
[[Benjamin Henry Sheares]]
[[Devan Nair|C. V. Devan Nair]]
[[Wee Kim Wee]]
|deputy3 = {{Collapsible list|title=''Lihat senarai''|1=[[Toh Chin Chye]] (1959–1968)
[[Goh Keng Swee]] (1968–1985)
[[Goh Chok Tong]] (1985–1990)|2=[[S. Rajaratnam]] (1980–1985)
[[Ong Teng Cheong]] (1985–1990)}}
|predecessor3 =

|order4 = [[Parti Tindakan Rakyat|Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat Singapura]]
|term_start4 = 21 November 1954
|term_end4 = 1 November 1992
|predecessor4 =
|successor4 = Goh Chok-Tong
|constituency_MP5 =[[Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tanjong Pagar|Tanjong Pagar GRC]]
[[Kawasan Ahli Tunggal Tanjong Pagar|Tanjong Pagar SMC]] (1955–1991)

|term_end5 =
|predecessor5 =
|successor5
|majority5 = Kemenangan mudah

|birth_name = Harry Lee Kuan Yew
|birth_place = Singapura, [[Negeri-negeri Selat]]
|death_date =
|death_place =

|children = [[Lee Hsien Loong]]
[[Lee Wei Ling]]
[[Lee Hsien Yang]]
|party = [[Parti Tindakan Rakyat]]
|nationality = [[Singapura]]
|alma_mater = [[Fitzwilliam College, Cambridge]]
[[London School of Economics]]
|occupation = Ahli politik
|profession = Peguam
|religion = Tiada ([[Agnostik]]<ref>{{Cite news |title=Days of reflection for the man who defined Singapore: A transcript of Minister Mentor Lee Kuan Yew's interview with The New York Times |url=http://www.todayonline.com/Print/Commentary/EDC100913-0000046/Days-of-reflection-for-the-man-who-defined-Singapore |archiveurl=http://www.webcitation.org/5siZa8Szv |archivedate=13 September 2010 |newspaper=[[Today (Singapore newspaper)|Today]] | location = Singapore |date=13 September 2010 |pages=14–17}}</ref>)
| awards = [[File:JPN Kyokujitsu-sho 1Class BAR.svg|40px|link=Order of the Rising Sun]] (1967)

'''Harry Lee Kuan Yew''' (lahir 16 September [[1923]]) ([[bahasa Cina|Cina]]: 李光耀, [[Pinyin]]: Lǐ Guāng Yào), juga '''Lee Kwan-Yew''', adalah [[Menteri Mentor]] [[Singapura]]. Lee Kwan Yew pemimpin Singapura yang menjadi penyokong kuat penubuhan [[sejarah Malaysia|Malaysia]].

Lee Kuan Yew dari keturunan [[Hakka]] dari [[China]]. Beliau adalah generasi ke-4 yang berhijrah ke Singapura. Moyangnya Lee Bok Boon berhijrah dari daerah Dapu [[Guangdong]] ke [[Negeri-negeri Selat]] pada [[1862]]. Ibunya Chua Jim Neo adalah Nyonya [[Hokkien]] .
Beliau merupakan anak sulung kepada Lee Chin Koon dan Chua Jim Neo. Lee Kuan Yew telah dilahirkan di 92 Jalan Kampung Jawa, di [[Singapura]]. Semasa zaman kanak-kanak, beliau amat dipengaruhi oleh budaya [[British]] terutama dari datuknya, Lee Hoon Leong yang memberikan pendidikan Inggeris. Datuknya memberi tambahan nama "Harry" pada nama Cinanya (diberi oleh bapanya) Kuan Yew. Dia lebih dikenali sebagai "Harry Lee" . Dia mula menggunakan nama Cinanya setelah menceburi bidang politik. Namanya kadangkala disebut sebagai Harry Lee Kuan Yew, walaupun nama ini jarang-jarang digunakan dalam majlis rasmi.
Lee dan isterinya [[Kwa Geok Choo]] telah berkahwin pada [[30 September]] 1950. Mereka mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Beberapa anggota keluarga Lee memegang jawatan terkemuka dalam masyarakat Singapura. Anak lelaki sulung iaitu [[Lee Hsien Loong]] seorang bekas [[Brigadier-Jeneral]] telah menjadi [[Perdana Menteri Singapura]] semenjak tahun [[2004]]. Beliau juga menjadi Timbalan Pengerusi [[Perbadanan Pelaburan Singapura]] (GIC). [[Lee Hsien Yang]] juga bekas Brigadier-Jeneral merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai [[SingTel]], sebuah syarikat [[telekomunikasi]] gergasi di Singapura dan terbesar dalam [[Bursa Saham Singapura]], SGX. 56% daripada saham SingTel dimiliki oleh [[Temasek Holdings]], syarikat induk yang mengawal syarikat seperti [[Singapore Airlines]] dan Bank DBS. Temasek Holdings diketuai oleh CEO [[Ho Ching]], isteri [[Lee Hsieng Loong]]. Anak perempuan Lee, [[Lee Wei Ling]] berkhidmat di Institut Neurosains Kebangsaan. Isteri Lee, [[Kwa Geok Choo]] menjadi rakan kongsi bagi syarikat terkemuka Lee & Lee. Abang-abang beliau iaitu Dennis, Freddy dan Suan Yew menjadi rakan kongsi firma tersebut. Beliau juga mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Monica.
== Kehidupan awal ==
Lee telah dididik di [[Sekolah Rendah Teluk Kurau]] dan [[Raffles Institution]]. Pendidikan universiti beliau telah ditangguhkan sepanjang tempoh [[Perang Dunia Kedua]] pada tahun [[1942]] sehingga [[1945]] berikutan pendudukan Jepun di Singapura. Semasa pendudukan Jepun, beliau menjalankan perniagaan pasar gelap menjual [[ubi kayu]] perekat dipanggil Stikfas. Beliau menjadi penyunting bahasa Inggeris di bahagian propaganda Jepun, Hodobu bermula pada tahun 1943 hingga 1944 kerana kebolehan beliau berbahasa Cina, Jepun dan Inggeris.
Selepas perang, beliau belajar undang-undang di Kolej Fitzwilliam, [[Cambridge]] di [[United Kingdom]] dan mendapat ijazah kelas pertama. Beliau kembali semula ke [[Singapura]] pada tahun 1949 sebagai [[peguam]] di Laycock & Ong.
== Parti Tindakan Rakyat (PAP) ==
Pengalaman pertama politik Lee di [[Singapura]] adalah sebagai ejen pilihanraya bagi bosnya John Laycock di bawah sepanduk Parti Progresif yang pro-Britain dalam [[Pilihanraya 1951]] . Bagaimanapun, akhirnya Lee sedar parti politik tidak mungkin dapat banyak sokongan.
Pada [[12 November]] [[1954]], Lee bersama lelaki kelas pertengahan berpendidikan Inggeris, menubuhkan kelab "[[sosialis]]" [[PAP]]. Perikatan ini telah digambarkan oleh Lee sebagai satu kahwin mutaah (sementara) , kerana kumpulan berpendidikan Inggeris diperlukan untuk berhadapan dengan kumpulan pro [[komunis]] yang semakin kuat di Singapura dan Tanah Melayu ketika itu. Rakyat Singapura mahukan pemerintahan sendiri dan menamatkan pemerintahan Britain. Satu persidangan sulung telah diadakan di Dewan Peringatan dan dihadiri lebih dari 1,500 orang penyokong dan kesatuan sekerja. Lee menjadi setiausaha agungnya sehingga tahun 1992. Pemimpin [[UMNO]], [[Tunku Abdul Rahman]] dan pemimpin [[MCA]] [[Tan Cheng Lock]] telah dijemput sebagai tetamu untuk memberi kredibiliti kepada parti baru.
== Pembangkang ==
Lee memenangi kerusi [[Tanjong Pagar]] dalam [[Pilihanraya 1955]]. Dia menjadi ketua pembangkang menentang [[David Saul Marshall]] dari [[Parti Buruh]]. Dia seorang daripada wakil PAP yang terbang ke [[London]] bagi membincangkan status dan perlembagaan Singapura. Ketuanya ketika itu adalah [[Lim Yew Hock]]. Dia sering menyerang pemimpin sebagai tidak cekap dan rasuah. Kedudukan Lee dalam PAP terancam pada 1957 apabila pro komunis mengambil alih jawatan kepimpinan dengan menyerap ahli-ahli palsu. Lim Yew Hock mengarahkan penahanan beramai-ramai mereka yang pro komunis. Lee kembali memegang jawatan sebagai setiausaha agung. Beliau menang di [[Tanjong Pagar]] dalam [[Pilihanraya kecil 1957]]. Ketika itu diadakan mesyuarat rahsia dengan pemimpin komunis bawah tanah, [[Fong Chong Pik]] untuk membentuk kuasa.
== Perdana Menteri Singapura ==
Dalam pilihanraya pada 1 Jun 1959, PAP memenangi 43 daripada 51 buah kerusi dalam dewan perundangan. Singapura dibenarkan menjalankan pentadbiran dengan kuasa autonomi kecuali dalam bidang [[pertahanan]] dan hal-ehwal luar negera. Lee menjadi [[Perdana Menteri Singapura]] pertama pada [[5 Jun]] 1959 dan mengambil alih dari jawatan dari Ketua Menteri [[Lim Yew Hock]]. Sebelum dia mengambil alih, Lee menuntut pembebasan bersyarat [[Lim Chin Siong]] dan [[Devan Nair]], yang telah ditangkap lebih awal oleh kerajaan [[Lim Yew Hock]].
Lee berhadapan banyak masalah selepas kerajaan sendiri Singapura daripada Britain. Ini termasuklah penyediaan infrastruktur [[pendidikan]], [[perumahan]] dan [[pengangguran]]. Lee telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB), sebuah agensi yang menyediakan program pembinaan perumahan awam besar.
== Penubuhan Singapura ==
Pada 1961 [[Perdana Menteri Tanah Melayu]] [[Tunku Abdul Rahman]] mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang akan termasuk [[Malaya]], [[Singapura]], [[Sabah]] dan [[Sarawak]] yang kini dikenali sebagai [[Malaysia]].
Apabila Malaysia terbentuk pada tahun 1963 di peringkat awal keadaan berjalan lancar. Menjelang tahun 1964 Lee Kuan Yew melahirkan rasa tidak puas hati dengan hak orang Melayu dan mencadangkan konsep Malaysian-Malaysia. Lee turut berkempen untuk percantuman dengan Malaysia dan menamatkan pemerintahan [[penjajah]] [[British]]. Dia menggunakan keputusan pungutan suara pada [[1 September]] [[1962]], di mana 70% undi-undi menyokong cadangannya.Semasa [[Operasi Coldstore]] , Lee berjaya menghancur puak prokomunis yang dikatakan terlibat dalam aktiviti-aktiviti subversif.
Pada [[16 September]] [[1963]], Singapura menjadi sebahagian [[Persekutuan Malaysia]]. Bagaimanapun, kesatuan ini singkat kerana berhadapan masalah perpaduan. Kerajaan Pusat Malaysia, diperintah oleh [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] ([[UMNO]]), yang bimbang dengan kemasukan [[Singapura]] kerana [[majoriti]] [[Cina]] dan cabaran politik [[PAP]] di Malaysia. Lee secara terbuka menentang dasar bumiputera dan melaungkan slogan "Malaysian Malaysia". Slogan ini menentang dominasi bangsa Melayu. Hubungan [[PAP]]-[[UMNO]] semakin tegang. Beberapa pemimpin [[UMNO]] mahu Lee ditangkap di bawah [[ISA]]. Jika beliau ditangkap, pro komunis akan lebih berkuasa.
Pada tahun 21 Julai 1964 rusuhan kaum berlaku di [[Kallang Gasworks]], di mana 23 orang terbunuh dan ratusan cedera ,Orang [[Cina]] dan orang [[Melayu]] beramuk.Puncanya sebiji botol dilemparkan kepada satu perarakan [[Maulidur Rasul]] . Ada juga yang menyatakan ia dimulakan oleh seorang Melayu. Lebih banyak rusuhan meletus pada September 1964. Perusuh merampas kereta-kereta dan kedai-kedai, memaksa kedua-dua [[Tunku Abdul Rahman]] dan [[Lee Kuan Yew]] turun padang untuk menenangkan keadaan.Harga makanan juga naik secara mendadak .
Akibat tidak mampu menyelesaikan krisis itu, [[Perdana Menteri Malaysia]], [[Tunku Abdul Rahman]] memutuskan untuk mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Keputusan itu dibuat oleh Tunku semasa beliau sedang dirawat di London. Lee berkeras dan cuba untuk [[kompromi]], tetapi tidak berjaya. Dia kemudiannya telah diyakinkan oleh [[Goh Keng Swee]] kerana pemisahan tidak dapat dielakkan. Lee Kuan Yew menandatangani satu perjanjian pemisahan pada [[7 Ogos]] [[1965]] , yang membincangkan pemisahan Singapura jdengan Malaysia tetapi meneruskan kerjasama [[perdagangan]] dan [[pertahanan]] .
Lee mengumumkan pemisahan Singapura daripada Perdsekutuan Malaysia di televisyen pada 9 Ogos 1965.Kegagalan penggabungan merupakan pukulan berat kepada Lee , yang percaya kerana ia penting untuk kewujudan [[Singapura]]. Pemisahan ini bukanlah dengan sengaja diadakan dan beliau bukan sengaja memulakan keruntuhan Malaysia.
Sebab lain pemisahan ialah Lee Kuan Yew juga menubuhkan cawangan Parti [[PAP]] di [[Semenanjung Tanah Melayu]]. Apabila keadaan menjadi semakin genting , [[Tunku Abdul Rahman]] selaku [[Perdana Menteri Malaysia]] pada waktu itu menyingkirkan [[Singapura]] dari [[Malaysia]] walaupun [[Lee Kwan Yew]] tidak mahu perkara itu berlaku. Hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan turut terkubur. Langkah berbahaya yang cuba dilakukan oleh Lee Kuan Yew dengan mengajak [[Sabah]], [[Sarawak]], [[Melaka]] dan [[Pulau Pinang]] bergabung dengan Singapura membentuk negara baru. Mujurlah idea ini tidak mendapat sambutan pemimpin negeri berkenaan.
Akhirnya pada 9 Ogos 1965 Singapura telah dipisahkan dengan Malaysia. Sejak dari itu hubungan Malaysia dengan Singapura seringkali berlaku pasang-surut mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kedua-dua rakyat sama ada Malaysia dan Singapura.
Sejak tahun 1965 hingga 1980 Malaysia lebih bersikap lembut tetapi dalam era [[Mahathir]], Malaysia lebih keras hal-hal yang berkaitan dengan kedaulatan negara.
== Hubungan dengan Malaysia ==
=== Pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok ===
Lee Kuan Yew memang tidak setuju dengan cadangan untuk merobohkan [[Tambak Johor]] dan membina jambatan baru. Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] telah berunding dan berutus surat dengan dua bekas [[Perdana Menteri Singapura]], Lee Kuan Yew dan [[Goh Chok Tong]] pada 4 Mac, 2002. Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak. Lee berkali-kali menyatakan tidak.
Kerja merobohkan Tambak Johor akan menyebabkan operasi paip air dari Johor ke Singapura akan terganggu. Sedangkan Malaysia bertanggungjawab di bawah [[Perjanjian Air Johor-Singapura 1961]] dan 1962, [[Perjanjian Wayleave]] dan [[Perjanjian Pemisahan 1965]]. Malaysia perlu mendapatkan kebenaran dari [[Lembaga Kemudahan Awam Singapura]] (Public Utilities Board atau PUB) bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/printable.php?id=208094 Kenyataan Media JPM Mengenai Isu Pembatalan Jambatan Bengkok]</ref>
=== Realiti Cina Malaysia dan Indonesia ===
Pada 2 Oktober 2006, Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew menuduh masyarakat [[Cina]] di Malaysia dipinggirkan secara sistematik. Tuduhan itu dibuat semasa berbincang dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, [[Larry Summers]]. Setelah [[Perdana Menteri Malaysia]], [[Abdullah Ahmad Badawi]] memohon penjelasan , Lee kemudian meminta maaf. Beliau menyatakan bahawa beliau tiada ada niat untuk masuk campur dalam politik Malaysia dan malah beliau tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi politik Malaysia atau menghasut orang-orang Cina di Malaysia. Hakikatnya beliau kurang bercakap berbanding apa yang tertulis di dalam buku beliau yang diterbitkan pada 1998. Hubungan Singapura dengan Malaysia memang bermasalah selama sedekad sebelum Abdullah. Surat mohon maaf itu dihantar ke pejabat Abdullah di [[Putrajaya]] oleh [[Pesuruhjaya Tinggi Singapura]] ke Malaysia, T. Jasudasen.<ref>[http://74.125.153.132/search?q=cache:Sdin6wUl6QUJ:www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php%3Fid%3D222843%26vo%3D126+site:bernama.com/bernama/v3/bm/+lee+kuan+yew+malaysia&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my Lee Kuan Yew Minta Maaf Kepada Perdana Menteri]</ref>
Tun Dr. Mahathir Mohamad menyanggah tohmahan Lee Kuan Yew. Beliau menyatakan bahawa orang Cina di Malaysia menyandang jawatan Jeneral, Mejar Jeneral dan sebagainya tetapi tidak bagi orang Melayu di Singapura. Malah pendapatan per kapita amat jauh lebih tinggi berbanding dengan orang Cina di Singapura. Orang Melayu Singapura ditekan, dipinggirkan dan ditindas. Dia sebenarnya dipinggirkan oleh orang Cina di seluruh dunia.<ref>[http://74.125.153.132/search?q=cache:V4FNeCr4ATcJ:web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php%3Fid%3D221406%26vo%3D128+site:bernama.com/bernama/v3/bm/+lee+kuan+yew+malaysia&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my Dr Mahathir Sifatkan Lee Kuan Yew Sombong]</ref>
== Rujukan ==
{{reflist}}
==Pautan luar==
{{Library resources box
|onlinebooks=no
|by=yes
|lcheading=Lee, Kuan Yew
{{Portal|Singapura|Biografi}}

{{Commons}}
*[http://www.lee-kuan-yew.com/ Lee Kuan Yew]

*{{Charlie Rose view|1346}}
*{{IMDb name|2285412}}
*{{Worldcat id|lccn-n50-39577}}
*{{NYTtopic|people/l/lee_kuan_yew}}
*{{Nndb name|044/000110711}}
;Interviews and articles
* [http://www.foreignaffairs.com/articles/49691/fareed-zakaria/a-conversation-with-lee-kuan-yew A Conversation with Lee Kuan Yew], [[Fareed Zakaria]], [[Foreign Affairs]], March–April 1994
* [http://www.time.com/time/magazine/asia/ War of Words] Alejandro Reyes, ''[[Time (magazine)|Time]]'', 25 September 1998
* [http://www.postcolonialweb.org/singapore/government/leekuanyew/chron.html Lee Kuan Yew: A Chronology, 1923–1965] Largely based on Lee Kuan Yew, The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew. Singapore: Times, 1998. Retrieved 8 December 2004
*[http://www.cnn.com/video/#/video/bestoftv/2008/09/22/gps.singapore.story.cnn?iref=videosearch Part 1], [http://www.cnn.com/video/#/video/bestoftv/2008/09/22/gps.singapore.story.part2.cnn Part 2]: ''[[CNN]]'', Fareed Zakaria talks with Lee Kuan Yew about his life as prime minister of Singapore, 22 September 2008
* [http://www.sify.com/news/Daddy-knows-best-The-Lee-Kuan-Yew-story-imagegallery-features-kjew7Rfcfih.html Daddy knows best: The Lee Kuan Yew story], Tom Plate, ''[[Sify.com]]'', 2010(?)
*[http://leewatch.info/ Lee Kuan Yew Watch]
*[http://web.archive.org/web/20090221190948/http://www.parliament.gov.sg/AboutUs/Org-MP-MP-Prof-LeeKuanYew.htm Official Profile] at the [[Parliament of Singapore]] (archived)
* {{Internet Archive short film|id=gov.archives.arc.652377|name=Interview with Lee Kuan Yew (1967)}}
[[Kategori:Penerima anugerah Kesatriaan Empayar British]]
[[Kategori:Kelahiran 1923]]
[[Kategori:Kelahiran Singapura]]
[[Kategori:Singapura]]
[[Category:Ahli politik Parti Tindakan Rakyat]]
[[Category:Anggota Parlimen Singapura]]
{{Link FA|sv}}
{{Link GA|sv}}

suntingan