X86-64: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kurniasan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 3:
[[Fail:AMD Opteron 146 Venus, 2005.jpg|thumb|[[Opteron]], CPU pertama yang memperkenalkan peluasan x86-64 pada tahun 2003]]
 
'''x86-64''' (atau '''x64''', '''x86_64''', dan '''AMD64''') ialah [[set arahan]] [[x86]] versi [[64-bit]]. Bilangan [[ingatan maya]] dan [[ingatan fizikal]]nya adalah jauh lebih besar (secara teori, 2<sup>64</sup> [[bait (unit)|bait]] atau 16 [[eksibibait]]) berbanding pendahulu-pendahulu 32-bitnya, lantas membolehkan program menyimpan lebih banyak data dalam ingatan. x86-64 turut menyediakan [[daftar pemproses|daftar tujuan am]] bersaiz 64-bit serta pelbagai peningkatan lain. Tentuan asalnya dicipta oleh [[AMD]], dan kini telah dilaksanakan oleh AMD, [[Intel]] dan [[VIA Technologies|VIA]]. Ia juga serasi ke belakang dengan kod x86 [[16-bit]] dan [[32-bit]]. Oleh kerana set-set arahan 16-bit dan 32-bit kekal terlaksana dalam perkakasan tanpa sebarang pelagakan, be[[atur cara boleh laku|boleh laku]] x86 sedia ada dapat dijalankan tanpa kemunduran prestasi, manakala aplikasi-aplikasi yang dikodkan semula supaya menggunakan ciri-ciri baharu rekaan pemproses x86-64 mungkin mendapat peningkatan dari segi prestasi.
 
Pelbagai nama telah digunakan untuk set arahannya; sebelum pelancaran, x86-64 dan x86_64 telah digunakan, sementara AMD menamakannya AMD64 semasa dikeluarkan. Intel pada awalnya menggunakan nama IA-32e dan EM64T sebelum akhirnya menggunakan nama Intel 64 untuk pelaksanaan mereka. Sesetengah yang di dalam industri, termasuk [[Apple]], menggunakan x86-64 dan x86_64, manakala yang lain, umumnya [[Sun Microsystems]] (kini [[Oracle Corporation]]) dan [[Microsoft]], menggunakan x64 sementara keluarga sistem pengendalian [[BSD]] dan beberapa [[edaran Linux]] menggunakan AMD64.