Cetak rompak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Cetak rompak''' (atau '''pencabulan hakcipta''') bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang-undang [[hakcipta]] tanpa izin, maka mencabuli salah satu [[hak eksklusif]] pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan [[karya derivatif]] yang berasaskan karya yang dihakcipta itu.
 
==Kaedah cetak rompak==
Kegiatan memuat turun bahan lucah dan [[perkongsian fail|berkongsi]] rakaman muzik dalam bentuk [[MP3]] dan fail-fail audio yang lain makin berleluasa{{Fact|date=Ogos 2007}}, itupun setelah berkuburnya [[Napster]] dan tuntutan mahkamah atas pencabulan hakcipta berturut-turut yang dikemukakan badan-badan industri rakaman. DVD ''[[screener]]'' yang diedar oleh studio filem (biasanya untuk penilaian bagi anugerah) juga dijadikan sumber utama penyalinan tanpa izin apabila filem-filem masih ditayangkan di pawagam, dan pihak [[MPAA]] di Amerika Syarikat sudah cuba mengehadkan penggunaannya. Filem juga disalin oleh seseorang yang menyeludup masuk [[kamera video]] ke dalam pawagam dan merakam pancarannya secara senyap-senyap (juga dikenali sebagai "[[Cam (cetak rompak)|CAM]]"), namun salinan-salinan sedemikian lazimnya kurang bermutu berbanding salinan keluaran rasmi. Kegiatan berkongsi salinan muzik adalah sah di kebanyakan negara, seperti [http://strategis.gc.ca/sc_mrksv/cipo/cp/copy_gd_protect-e.html#5 Kanada], dan sesetengah rantau di Eropah, selagi maklumat sedemikian tidak diiklankan atau lagu-lagunya dijual.
 
[[Rakaman haram]] (''bootleg'') ialah rakaman muzik yang belum dikeluarkan secara rasmi oleh artis atau syarikat pengurusan atau penerbitan yang bersekutu dengannya. Rakaman sedemikian boleh terdiri dalam bentuk demo, ''outtake'' atau bahan studio yang lain, atau juga rakaman persembahan ''live'' secara haram. Penggemar muzik boleh menggunakan istilah "bootleg" untuk membezakan rakaman-rakaman ini daripada salinan "cetak rompak" bagi bahan yang dikeluarkan secara komersil, tetapi rakaman-rakaman tersebut masih dilindungi hakcipta meskipun belum dikeluarkan secara rasmi, maka pengedaran bahan-bahan sedemikian masih menyalahi undang-undang.
 
Di sesetengah negara, orang yang menjual bahan berhakcipta secara haram juga diketahui menjaja VCD, CD, dan DVD di tepi jalan, [[pasar]], [[pasar malam]] dsb.
 
<!--The illegal use of text content is a form of copyright infringement. It is common on the [[world wide web]] for text to be copied from one site to another without consent of the author. [[Roberta Beach Jacobson]] criticizes the misappropriation of writers' work by websites in her article ''Copyrights and Wrongs''. This article was added to articlestree.com <ref> {{cite web | last = Jacobson | first = Roberta Beach | title = ''Copyrights and Wrongs'' | publisher = www.articlestree.com | url=http://www.articlestree.com/copywriting/copyrights-and-wrongs-tx197204.html | date = [[2001-11-27]] | accessdate = 2007-4-7}} </ref> on [[November 27]], [[2001]]; ironically, it has since been copied to hundreds of websites, <ref> {{cite web | title = Results 1 - 10 of about 371 for "Roberta Beach Jacobson" "Copyrights and Wrongs" | url=http://www.google.com/search?hl=en&safe=off&client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&q=%22Roberta+Beach+Jacobson%22+%22Copyrights+and+Wrongs%22&btnG=Search | publisher = www.google.com | [[date = 2007-4-7]] | accessdate = 2007-4-7}} </ref> many of them claiming copyright over the work or charging money to access it.-->
 
==Cetak rompak di Malaysia==