Perbezaan antara semakan "Dinasti Qing"

tiada ringkasan suntingan
k (Bot: Menggantikan China_Qing_Dynasty_Flag_1862.png dengan Flag_of_the_Qing_dynasty_(1862).png.)
Tujuh tahun pertama pemerintahan [[Maharaja Shunzhi|Shunzhi]] dikuasai oleh putera pemangku raja Dorgon, yang memusatkan kuasanya di bawah kawalannya atas nama Maharaja gara-gara ketaktentuan kedudukan politiknya dalam struktur kekuasaan Manchu, sehingga menjejaskan putera-putera Manchu lain yang turut merebut kuasa dengan menurunkan pangkat atau memenjarakan mereka dengan bermacam-macam dalih. Sungguhpun begitu pendek tempoh pemangkuannya, namun pengaruh Dorgon dalam dinasti Qing memang mendalam. Mula-mulanya, puak Manchu berjaya memasuki wilayah "China sebenar" hanya kerana Dorgon menerima rayuan Wu Sangui untuk menghulurkan bantuan ketenteraan. Selepas menawan Beijing dan bukan menjarah kota itu seperti yang dilakukan oleh para pemberontak sebelum kedatangan mereka, Dorgon mendesak agar Beijing dijadikan ibu kota Qing walaupun dibantah oleh putera-putera lain, lalu melantik semula kebanyakan pegawai Ming kepada jawatan masing-masing. Tindakan mengekalkan Beijing sebagai ibu kota itu kelihatan begitu mudah diterima akal, tetapi sebenarnya harus diingatkan bahawa sebelum itu tiada satu pun wangsa China utama yang pernah terus "mewarisi" ibu kota pendahulu langsungnya. Pengekalan ibu kota dan para pegawai Ming ini mempercepatkan langkah penstabilan negara dan proses penaklukan oleh Manchu. Namun demikian, bukan semua dasar Dorgon disambut baik atau dilaksanakan dengan mudah.
 
Salah satu keputusan paling kontroversi yang diambil oleh Dorgon adalah mengeluarkan titah perintah pada Julai 1645, yang mewajibkan semua lelaki berbangsa Cina Han forced untuk mencukur rambut depan dan menyikat rambut yang selebihnya menjadi tocang, jika tidak boleh dihukum mati.<ref>Wakeman (1985), 646-50.</ref> Bagi kaum Manchu, dasar ini menguji ketaatan rakyat serta membantu membezakan sahabat daripada musuh negara. Bagi kaum Cina[[bangsa Hanhan]] pula, tindakan ini merupakan "penurunan martabat yang mengaibkan" yang bercanggah dengan nilai-nilai Konfusius.<ref> Misalnya, ''Klasik Ketaatan'' (''Xiaojing'' {{lang|zh|孝經}}), menyatakan bahawa "badan dan rambut sebagai hadiah dari ibu bapa tidak wajar dilukai" ({{lang|zh|身體髮膚,受之父母,不敢毀傷}}). Sehingga dinasti Ming, lelaki dewasa tidak memotong rambut, sebaliknya membuat rambut bertoncet (Wakeman [1985], 648 n. 183).</ref> Perintah itu begitu terkutuk sehingga mencetuskan tentangan terhadap pemerintahan Qing di Jiangnan sehingga seawal-awalnya akhir 1640-an.<ref>Wakeman (1985), 651-80.</ref>
 
Pada 31 Disember 1650, Dorgon mati secara tiba-tiba ketika dalam ekspedisi memburu, maka bermulanya Maharaja Shunzhi memerintah dengan sendiri. Walaupun demikian, memandangkan Maharaja hanya berusia 12 tahun ketika itu, kebanyakan keputusan dibuat bagi pihaknya oleh bondanya, iaitu [[Maharani Balu]] [[Maharani Balu Xiaozhuang|Xiaozhuang]] yang mahir dalam bidang politik. Sungguhpun pentingnya sokongan Dorgon kepada Shunzhi's ascent, namun Dorgon selama bertahun-tahun ini banyak memusatkan kuasa dalam tangannya dengan hajat untuk terus mencabar takhta, sebegitu hingga selepas meninggal dunia, beliau dikurniakan gelaran anumerta Maharaja Yi ({{lang|zh|義皇帝}}), satu-satu kalinya dalams sejarah dinasti Qing yang mana seorang "putera darah daging" Manchu diberi penghormatan sedemikian. namun begitu, setelah dua tahun Shunzhi memerintah sendiri, Dorgon bukan sahaja dilucutkan segala gelarannya, malah jenazahnya turut digali keluar lalu dicacat-cacatkan<ref>This event was recorded by an Italian [[Society of Jesus|Jesuit]] Martin Martinius in his account "Bellum Tartaricum" with original text in Latin, first published in Rome 1654. First English edition, London: John Crook, 1654.</ref> sebagai balasan terhadap berbilang-bilang "kesalahannya", termasuk one of menghukum mati kanda sulung seayahanda Shunzhi, [[Hooge, Putera Su|Hooge]]. Lebih penting lagi, kejatuhan muka Dorgon ini turut menandakan seluruh kerabat diraja dilucutkan kebanyakan kuasa politik sehingga ditumpukan kembali kepada Maharaja. Sungguhpoun bermula dengan begitu cemerlang, pemerintahan Shunzhi dipendekkan dengan kemangkatan akibat [[cacar air]] ketika berusia 24 tahun pada tahun 1661, lalu diwarisi oleh anakanda ketiganya Xuanye, yang memerintah sebagai [[Maharaja Kangxi]].
Pengguna awanama