Orang Cina Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 28:
 
===Gelombang Kedua===
Pada abad ke 19 dan ke 20, orang[[Bangsa CinaHan]] berhijrah secara beramai-ramai ke Malaya. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di negeri [[Negeri Perak|Perak]], [[Selangor]] dan [[Negeri Sembilan]] terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga menetap di [[Negeri-Negeri Selat]] seperti [[Singapura]] dan [[Pulau Pinang]]. Kebanyakan orang[[Bangsa CinaHan]] mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai Barat terutamanya negeri [[Johor]], [[Negeri Sembilan]], [[Selangor]] dan [[Negeri Perak|Perak]]. Manakala, [[orangBangsa CinaHan]] merupakan kaum majoriti di [[Negeri-Negeri Selat]] seperti [[Pulau Pinang]] dan [[Singapura]].
 
Manakala di negeri [[Johor]], Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah [[perlembagaan]] dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, [[Johor]] menikmati pembangunan [[ekonomi]] yang cemerlang. Permintaan [[lada hitam]] dan [[gambir]] yang tinggi pada [[abad ke-19]] menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Orang[[Bangsa CinaHan]] dibawa masuk melalui [[Sistem Kangchu]] untuk bekerja sebagai buruh di ladang [[lada hitam]] dan [[gambir]]. Melalui [[Sistem Kangchu]], orang[[Bangsa CinaHan]] digalakkan berpindah dari [[Singapura]] dan menetap di Johor serta membuka ladang [[lada hitam]] dan [[gambir]] di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang[[Bangsa CinaHan]]. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 orang[[Bangsa CinaHan]] telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.
 
Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke [[Tanah Melayu]] kerana pihak British memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan [[Revolusi Perindustrian]] di [[Britain]].