Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 41 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q4663914
Baris 13:
'''Sumber rujukan''' merupakan tempat datangnya sesuatu [[pengetahuan]]. Terdapat pelbagai jenis sumber rujukan, tetapi bukan semuanya boleh dianggap sebagai sumber rujukan yang sah; yakni sah untuk diyakini. Pada umumnya sumber rujukan yang sah adalah seperti berikut:

*{{anchor|buku}} '''Buku yang diterbitkan oleh penerbit yang ternama'''.
Buku-buku bawah tanah adalah tidak termasuk ke dalam senarai ini.
*{{anchor|kamus}} '''Kamus dan majalah yang menjadi rujukan asas'''.
Misalnya Kamus Dewan, Kamus Oxford Fajar, majalah terkenal seperti National Geographic, majalah karyawan dan terbitan [[Dewan Bahasa dan Pustaka]], [[Karangkraf]] dan lain-lain lagi yang hanya mendapat reputasi dan saranan yang tinggi oleh para akademis.
*{{anchor|agama}} '''Buku agama, kitab-kitab, tafsir, buku undang-undang perundangan yang disanjung tinggi serta menjadi panduan hidup'''.
Misalnya Kitab suci, kitab karyawan ahli tafsir dan falsafah kehormat, hadith-hadith, kata-kata hikmah dari pemimpin dan cendekiawan ternama dan kehormat, serta buku perundangan seperti akta dan peraturan-peraturan yang menjadi asas kepada perlembagaan sesebuah negara dan pertubuhan utama.
* {{anchor|suratkhabar}}'''Surat Khabar yang menikmati reputasi yang tinggi'''.
Seperti akhbar harian yang mendapat sambutan tinggi oleh pembaca. Majalah gosip seharusnya tidak dijadikan sumber rujukan. Lihat [[senarai akhbar]] untuk mengetahui kepelbagaian jenis akhbar semasa.
*{{anchor|ensiklopedia}} '''Ensiklopedia Utama'''
Contohnya adalah seperti [[Ensiklopedia Britannica]].
*{{anchor|jurnal}} '''Jurnal'''
Jurnal adalah sejenis majalah yang memuatkan hasil kajian akademik. Dalam menggunakan maklumat dalam jurnal, anda seharusnya membuat pertimbangan terlebih dahulu, kerana bukan semua hasil kajian adalah menepati kebenaran. Cara terbaik dalam memilih jurnal yang boleh dipercayai hasil kajiannya adalah melihat samaada jurnal itu mempunyai sumber rujukan, bibliografi, dan kaedah saintifik yang utuh dan boleh dipercayai. Lihat juga kaedah pengolahan ayatnya agar ianya teratur, lihat juga jurnal itu adalah hasil kajian dari siapa, golongan profesor bertaraf PhD dari universiti terkenal dan pernah menjalankan puluhan hingga ratusan kajian perlu menjadi keutamaan. Lihat juga, penerbit jurnal tersebut mestilah dari penerbit atau agensi persatuan yang boleh dipercayai, serta paling penting pastikan jurnal tersebut telah mendapat penelitian para akademis dan disahkan merupakan kajian yang memberangsangkan.
*{{anchor|lamanweb}} '''Laman Web Rasmi'''
Sekirannya anda sedang menulis tentang sesuatu institusi, kompeni, kerajaan, individu atau/dan komuniti, maka rujuk laman web rasmi mereka terlebih dahulu. '''Jangan''' menggunakan laman sosial seperti [[Facebook]], [[Twitter]], [[Friendster]] atau/dan yang mempunyai kaitan dengan laman interaksi sosial sebagai rujukan kerana maklumat disitu mudah untuk diputarbelitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Memandangkan Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas yang menggunakan aplikasi elektronik dan "online", maka jadikan rujukan laman sesawang sebagai rujukan yang mendapatkan keutamaan anda terlebih dahulu dalam setiap frasa, penyataan dalam rencana atau artikel suntingan anda sebelum memilih rujukan dari sumber bukan "online".

Perlu juga dijelaskan disini bahawa sesiapa sahaja mungkin boleh mencipta atau membina laman sesawang atau membayar kepada mana-mana pihak bagi menghasilkan suatu karya samada hasil cetusan idea dan pemikirannya sendiri atau orang yang membinanya atau sesuatu pihak yang diupahnya, sedangkan ia sebenarnya tidak mendapat reputasi tinggi oleh masyarakat atau para akademis yang menilai. Ia juga menjadikan kerja tersebut sebagai suatu karya yang kononnya mendapat sanjungan (sedangkan sebenarnya adalah sebaliknya) ataupun sengaja membuat-buat cerita bahawa karya itu adalah hasil kajian yang kaya dan pakar dalam sesuatu bidang atau pelbagai bidang. Maka apa jua perkara diatas adalah '''terlarang''' untuk diselitkan dalam Wikipedia ini sebagai sumber rujukan yang boleh dipercayai.