Langkasuka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 17:
Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami [[Tanah Melayu]]. Kemudian berdatangan pedagang [[Arab]] dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.
 
Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka (''Liang-Shu'' atau ''Liang Annals'')<nowiki><ref> Langkasuka. http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6langkasuka1.html</ref></nowiki>.
 
Menurut catatan Liang Shu (the History of the Liang Dynasty,梁書).:
 
''“The kingdom of Lang-ya-shu is situated in the Southern Sea (南海).Its frontiers are thirty days’ journey from east to west and twenty from north to south. It is twenty-four thousand li (里) distant from Canton. Its climate and products are somewhat similar to those of [[Funan]]. Eagle-wood, Agar-wood and Barus camphor are especially abundant. It is customary for men and women to go with the upper part of the body naked, with their hair hanging disheveled down their backs, and wearing a cotton kan-man.''
 
Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh. Namun begitu, persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.