Langkasuka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
Pada tahun [[1963]], Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan [[Tambralinga]]. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "''The Naga King's Daughter''", terbitan Antara Books.
 
Menurut rekod, Langkasuka pernah menghantar ufti ke China pada tahun 502-507M, 511, 515, 518, 520, 531 dan 568 masehi melalui beberapa dinasti.
 
[[Fail:Http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/77/Emissary from Langkasuka.JPG/220px-Emissary from Langkasuka.JPG|thumbnail|Wakil dari Langkasuka ketika membayar ufti]]
==Patani dan Langkasuka==
Negeri [[Patani]] memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti [[Melaka]], [[Johor]] dan [[Selangor]]. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh [[Hindu]]-[[India]] bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di ''Prince of Songkla University'' di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.