Bahasa Melayu Perak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
'''Dialek Perak Selatan'''
 
Dialek Perak Selatan tidak banyak bezanya dengan [[Bahasa Malaysia|bahasa Melayu Standard]]. Dialek ini merupakan dialek yang paling kurang pekat berbanding dialek-dialek lain dan digunakan di bandar-bandar besar serta dituturkan oleh kebanyakan generasi muda. Dialek ini lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti [[Selangor]] dan [[Johor]]. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada penduduk yang datang dari negeri Selangor ([[Orang Jawa|Jawa]] dan [[Orang Bugis|Bugis]]) semasa [[Perang Klang|Perang Saudara]] di Selangor sekitar 1860-an hingga 1970-an kerana faktor sempadan dan konflik. [[Asmah Haji Omar]] (1991) mengkategorikan dialek ini dalam kelompok Selatan Semenanjung bersama-sama dengan bahasa Melayu Johor, Selangor, [[Melaka]], dan Pahang. Penutur dialek ini biasanya mencampurkan dialek [[Kuala Kangsar]] dan bahasa [[Bahasa Malaysia|Melayu]] [[Selangor]]-[[Kuala Lumpur]] atau bahasa [[Bahasa Melayu|Melayu]] [[Johor]]-[[Riau]]. Dialek ini juga dituturkan di daerah [[Kinta]], [[Kampar]], dan [[Manjung]]. Dialek ini sering digunakan oleh juruhebah radio Malaysia [[Perak FM]].
 
'''Dialek Kuala Kangsar'''
 
Dialek Kuala Kangsar yang dikenali sebagai loghat Kuala merupakan dialek yang paling popular di negeri Perak dansehingga dikenali orang luar. Dialek ini mempunyai sedikit persamaan dengan [[bahasa Melayu Pahang]].
 
'''Dialek Perak Tengah'''
 
Dialek Perak Tengah ataupun kadang-kadang dikenali sebagai dialek [[Parit]], [[Lambor]] atau [[Bota]] merupakandianggap sebagai dialek yang paling pekat dalam bahasa Melayu Perak. Dialek ini semakin kurang dituturkan olehdisebabkan keranapengaruh dialek Perak Selatan yang digunakan secarasemakin meluas penggunaannya di negeri Perak. Dialek ini mempunyai sedikit persamaan dengan [[Bahasa Melayu Terengganu|bahasa Melayu Hulu Terengganu]].
 
==Perbandingan dialek-dialek==