Perbezaan antara semakan "Empayar Uthmaniyah"

Reverted good faith edits by 203.121.53.35 (talk): Rv test. (TW)
(Ida)
(Reverted good faith edits by 203.121.53.35 (talk): Rv test. (TW))
'''[[Empayar]] Turki Uthmaniyyah''' ([[Bahasa Turki Uthmaniyyah|Turki Uthmaniyyah]]: '''Devlet-i Aliye-i Osmaniye'''; [[Bahasa Turki|Turki Moden]]: '''Osmanlı İmparatorluğu'''; [[Bahasa Arab|Arab]]: '''الدولة العثمانية''', ''al-Dawlaṭ al-'Uthmānīyyaṭ'') keluarga [[Bani Osmani]] ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke [[Asia Kecil]] semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang [[Byzantine]], terutama setelah mereka bergerak ke barat laut [[Anatolia]] di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi [[Kristian]] kerana [[jihad]] untuk menegakkan [[Islam]], dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada [[Empayar Rom]] dan [[Islam]], maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".<ref>H. Inaicik "Perkembangan Empayar Uthmaniyyah" di P.M. Holt, A.K. S. Lambstone, dan B. Lewis (eds), "'''Sejarah Islam Cambridge'''" (Universiti Cambridge). muka surat 295-200</ref>
 
Pada tahun [[1357]] mereka http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Uthmaniyahmenyeberangi [[Dardanelles]] menuju ke semenanjung [[Gallipoli]] dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk [[Greece]] dan [[Bulgaria]]. [[Constantinople]] (kemudian ditukar nama kepada [[Istanbul]]) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun [[1453]]. Pada tahun [[1526]] sebagian besar wilayah [[Hungary]] telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah. Kerajaan Uthmaniyyah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan [[Sepanyol]] dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. [[Algeria]] segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan [[Tunisia]] sebagai wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Uthmaniyyah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki [[Iraq]] dan bahagian-bahagian wilayah [[Arab]] yang lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniyyah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun [[1542]], Dewan Kota Praja Basel di [[Switzerland]] membekukan penerbitan terjemahan [[Al-Quran]] yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al-Quran itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas [[Vienna]] di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dari [[Austria]], [[Poland]], [[Venice]] dan [[Paus]], dan bangsa [[Rusia]].
 
Semenjak tahun [[1699]] mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam [[perjanjian damai Karlovitz]], Uthmaniyyah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagian tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara [[Laut Hitam]]. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniyyah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan [[Perancis]] ke atas Algeria pada tahun 1830. Kerajaan Uthmaniyyah menjadi "''the sick man of Europe''" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam [[Perang Dunia I]] di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniyyah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara [[Edirne]] (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan [[Mustafa Kamal Ataturk]] telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniyyah pada [[1922]] dan diganti dengan [[Republik Turki]]. Wilayah-wilayah jajahan di [[Asia]] dan [[Afrika]] dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.
3,511

suntingan