Dewan Negara Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
|laman = http://www.parlimen.gov.my
}}
'''Dewan Negara''' ialah [[senat]] bagi [[Persekutuan Malaysia]]. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam [[Parlimen Malaysia|Parlimen]], satu laginya dikenali sebagai [[Dewan Rakyat]]. Seramai 70 ahli Dewan Negara bergelar senator dimana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan dipilih oleh [[Yang di-Pertuan Agong]]. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.
Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada [[Perlembagaan Malaysia]]. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memerlukan kelebihan suara majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga. Pindaan [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Malaysia]] bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di [[Dewan Rakyat]] sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di [[Dewan Negara]] yang berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undang-undang untuk meminda [[Perlembagaan Malaysia]] itu ditolak. Kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah - Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.