Perbezaan antara semakan "Radio Televisyen Malaysia"

Membatalkan semakan 3545578 oleh 115.135.26.232 (Perbincangan)
(Mengganti laman dengan 'Soccerway')
(Membatalkan semakan 3545578 oleh 115.135.26.232 (Perbincangan))
{{Infobox Network
Soccerway
| network_name = Radio Televisyen Malaysia
| name = Radio Televisyen Malaysia
| network_logo = [[Fail:LogoRTMBaru.png|330px|center|]]
| network_type =
| branding = [[1 Januari]] [[2009]] sebagai '''Radio Televisyen Malaysia''' (RTM)
| airdate = [[28 Disember]] [[1978]] sebagai '''Radio Televisyen Malaysia''' (RTM)
| country = {{Flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
| available = Nasional, juga tersedia di [[Singapura]] dan [[Brunei]]
| founded = [[19 April]] [[1971]] sebagai '''Malaysia Central Television''' (MCTV)
| founder = Radio Televisyen Malaysia
| slogan = '''Tetap Unggul'''
| location_city = [[Angkasapuri]], [[Kuala Lumpur]]
| location_country = [[Malaysia]]
| market_share =
| license_area = Radio Televisyen Malaysia
| headquarters = [[Angkasapuri]], [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]
| broadcast_area = [[Malaysia]]
| area = [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]
| erp =
| owner = Kementerian Komunikasi dan Multimedia
| key_people = Achmad Faizal
| foundation = [[1 April]] [[1946]] sebagai '''Radio Malaya'''
| launch_date = [[28 Disember]] [[1963]] sebagai '''Televisyen Malaysia'''
| past_names =
| callsigns =
| callsign =
| callsign_meaning =
| former_callsigns =
| affiliates =
| groups = Radio Televisyen Malaysia
| affiliation =
| affiliations =
| former_affiliations =
| website = http://www.rtm.gov.my
| footnotes =
}}
 
'''Radio Televisyen Malaysia''' ('''RTM''') ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan [[Malaysia]] yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta tiga saluran televisyen. Moto utamanya dari 1987 hingga 2004 ialah 'Teman Setia Anda'. Pada 2007, RTM menguasai 17% pasaran penonton televisyen di Malaysia, di belakang Media Prima (54%) dan [[Astro (televisyen satelit)|Astro]] (29%).<ref>{{cite news | first=Anil | last=Netto | coauthors= | title=Malaysian media giant grasps for Internet | date=30-11-2007 | publisher=Malaysia Today | url =http://www.malaysia-today.net/nuc2006/news2007.php?itemid=709 | work =Asia Times Online | pages = | accessdate = 07-12-2007 | language = }}</ref>
 
== Sejarah RTM ==
=== '''Penubuhan di awal 1920-an ===
Sejarah penyiaran radio di [[Malaya]] bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan [[Johor]], [[A.L. Birch]] membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan [[Persatuan Wireless Johor]] dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di [[Pulau Pinang]] dan [[Persatuan Wireless Tanah Melayu]] di [[Kuala Lumpur]].
 
Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan [[Singapura]] memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari [[Ahad]] dan [[Rabu]]. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wireless [[Tanah Melayu]] dengan memulakan siaran tiga kali seminggu dari [[Bukit Petaling]], [[Kuala Lumpur]], melalui gelombang 325 meter.Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHJ Persatuan Wireless [[Pulau Pinang]] memulakan siarannya dalam bahasa [[Malaysia]], [[Cina]], [[Tamil]] dan [[Inggeris]] melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.
 
Berikutan serangan [[Jepun]] dan [[British]] menyerah kalah di [[Singapura]] pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, [[Melaka]], Kuala Lumpur, [[Seremban]] dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.
 
[[1 April]] [[1946]], [[Jabatan Siaran Radio]] ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan [[Jabatan Penyiaran]]. Tercetusnya darurat oleh [[komunis]] pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluaskan dan diperkembangkan.
 
=== Awal 1950-an ===
Pada awal tahun 50-an, aktiviti penyiaran di [[Malaya]] beroperasi dari studio sementaranya di Jalan Young (kini [[Jalan Cenderasari]]) di Kuala Lumpur dan kemudiannya pada tahun 1956 berpindah ke Bangunan Persekutuan (Federal House), Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya bidang penyiaran negara yang terus berkembang diikuti dengan penubuhan pula beberapa stesen kawasan disamping yang sedia ada di Sarawak dan Sabah. Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan. Sesuatu yang menarik untuk diketahui ialah pengenalan "INILAH RADIO MALAYSIA" mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan [[Malaysia]] pada [[16 September]] 1963.
 
=== Pasca pembentukan Malaysia ===
Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan televisyen diperkenalkan pada 31 Disember 1963 dari studionya di Dewan [[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj|Tunku Abdul Rahman]], Jalan Ampang. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke Kompleks [[Angkasapuri]] dan memulakan siaran pada 6 Oktober 1969. Enam hari selepas itu, iaitu pada 11 Oktober 1969, radio dan televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. Perkhidmatan Televisyen mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua dilancarkan pada 17 November 1969.
 
Di Kompleks [[Angkasapuri]], bidang penyiaran negara terus berkembang pesat. Radio dan televisyen berjalan seiring. Perkhidmatan radio ''Rangkaian Nasional'' memulakan perkhidmatan 24-jam pada 19 April 1971. Penambahan waktu siaran ini bertujuan memenuhi keperluan pendengar yang sedang menjalankan tugas selepas waktu tengah malam seperti anggota keselamatan, petugas di hospital, pemandu kenderaan awam dan pengangkutan serta pelajar.
 
Menjelang dengan pengisytiharan [[Kuala Lumpur]] sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 pula, perkhidmatan siaran Radio Ibukota dimulakan pada 5 November 1973. Siaran ini bertujuan memenuhi keperluan penduduk metropolitan yang semakin sibuk yang memerlukan banyak informasi terkini di samping hiburan. Bagi memenuhi hasrat para peminat muzik yang sentiasa memerlukan persembahan berkualiti pula, perkhidmatan siaran radio FM Stereo diperkenalkan pada 20 Jun 1975.
 
Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen di peringkat daerah juga turut ditambah. Begitu juga diperingkat ibu pejabat, perubahan sentiasa dialakukan dari masa ke semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan format baru seperti 'phone-in-programme'. Mengubahsuai waktu siaran dan memberikan nama baru kepada rangkaian radio seperti:
# '''Radio 1''' ([[Bahasa Malaysia]], sekarang [[Klasik Nasional FM]]).
# '''Radio 2''' ([[Muzik]], sekarang [[Muzik FM]]).
# '''Radio 3''' (stesen tempatan).
# '''Radio 4''' ([[Bahasa Inggeris]], sekarang [[TraXX FM]]).
# '''Radio 5''' ([[Bahasa Cina]], sekarang [[Ai FM]]).
# '''Radio 6''' ([[Bahasa Tamil]], sekarang [[Minnal FM]]).
# '''Radio 7''' ([[Orang Asli]], sebagai [[Asyik FM]]).
# '''Suara Malaysia''' ([[Antarabangsa]]).
 
Begitu juga dengan televisyen. 28 Disember 1978 merupakan 1-lagi detik penting dalam sejarah penyiaran negara, iaitu pelancaran televcisyen warna oleh Perdana Menteri, [[Dato' Hussein Onn]], diikuti dengan siaran warna pada rangkaian kedua pada 7 Mei 1979. Pengenalan perkhidmatan warna bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat meningkatkan kualiti penerbitan rancangan. Disamping membeli rancangan-rancangan dari luar negeri, penerbitan di peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis pertandingan berbentuk muzik, bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan penonton dengan hadiah-hadiah yang menarik.Nama-nama rancangan seperti Juara Kugiran, Bakat Televisyen, [[Bintang RTM]], Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal.
[[Fail:RTM logo.jpg||thumb|Logo RTM dari tahun 1987 hingga 2004]]
Setelah lebih 20-tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR).
 
Lebih membanggakan lagi, jumlah pendengar dan penonton serta perolehan daripada siaran iklan telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak lagi apabila RTM Net diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Perkhidmatan ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, [[Mahathir bin Mohamad|Tun Dr. Mahathir Mohamad]] pada 27 Disember 1995, membolehkan semua rangkaian radio di negara ini diikuti melalui rangakaian [[Internet]].
 
== Rangkaian Televisyen RTM ==
 
* [[TV1]]
* [[TV2]]
* [[TVi]] - Astro (Saluran 180)
* [[Muzik Aktif]]
 
== Rangkaian Radio RTM ==
 
*Nasional
**[[Radio Klasik]]
**[[Nasional FM]]
**[[KL FM]]
**[[TraXX FM]]
**[[Ai FM]]
**[[Minnal FM]]
**[[Asyik FM]]
 
*Negeri
**[[Perlis FM]]
**[[Kedah FM]]
**[[Mutiara FM]]
**[[Perak FM]]
**[[Selangor FM]]
**[[Negeri FM]]
**[[Melaka FM]]
**[[Johor FM]]
**[[Pahang FM]]
**[[Terengganu FM]]
**[[Kelantan FM]]
**[[Sarawak FM]]
**Sarawak Saluran Etnik - [[WAI FM]]
**Sarawak Rangkaian Merah - [[Red FM]]
**[[Sabah FM]]
**Sabah Siaran Pelbagai Bahasa - [[Sabah V FM]]
 
*Daerah
**Kedah - [[Langkawi FM]]
**Sarawak - [[Sibu FM]]
**Sarawak - [[Limbang FM]]
**Sarawak - [[Miri]]
**Sarawak,[[Sri Aman]] - [[RaSA FM]]
**Sabah - [[Sandakan FM]]
**Sabah - [[Tawau FM]]
**Johor Bahru-[[FM Stereo Johor Bahru]]
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==
*[http://www.rtm.gov.my/ Laman web RTM]
 
{{Radio Televisyen Malaysia}}
 
[[Kategori:RTM| ]]
[[Kategori:Media di Malaysia]]
96

suntingan